"Walaupun gembira kerana ini kali pertama kami menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri, namun perasaan sedih tetap menyelubungi terutama apabila mengenangkan nasib Sharlinie (gambar) yang belum ditemui.
"Lebih-lebih lagi mengingatkan gelagatnya yang berbaju kurung dan bersalam dengan bapanya, sambil meminta duit raya yang jelas pada ingatan, manakala dua kakaknya, Nurul Amirah dan Sharliena mengira hari terakhir berpuasa," kata ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, ketika ditemui pada majlis penyerahan kediamannya di Kampung Padang Pulut, di sini, semalam.

Sharlinie, 5, anak bongsu kepada pasangan Mohd Nashar Mat Hussin dan Suraya hilang di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter daripada rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, 9 Januari lalu.Majlis penyerahan rumah bernilai RM35,000 kepada bapa Sharlinie, Mohd Nashar itu dilakukan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Menceritakan gelagat Sharlinie ketika menyambut Aidilfitri, Suraya berkata, anak bongsunya akan turut bertakbir setiap kali mendengar takbir yang disiarkan di televisyen.Suraya berkata, makanan kegemaran Sharlinie pada pagi raya ialah lemang dan sambal daging."Kami memohon mereka yang menemui Sharlinie memulangkannya semula," katanya.
Selasa, September 30, 2008
Berhari Raya Di rumah Baru
Label:
bantuan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Saya beraya di rumah lama..
Kemudian balik ke rumah nenek :-)
Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
alhamdulillah, semoga dengan rumah baru, mereka sedikit sebanyak lebih tabah menghadapi dugaan Allah terhadap keluarga mereka. Tapi betul ke Ketua UMNO Bhg Dungun wakili YAB MB?
layari www.jaranganakmelayu@blogspot.com YANG MANA KERAJAAN DAN YANG MANA PARTI...
Catat Ulasan