Khamis, Julai 10, 2008

2020 TERENGGANU NEGERI MAJU


Terengganu bakal muncul antara negeri yang terindah dan maju menjelang 2020 apabila wang kira-kira RM2 bilion setahun hasil minyak yang akan dibayar Petronas akan dibelanjakan secara berhemah dengan memberi tumpuan perbelanjaan infrastruktur yang mendatangkan faedah jangka panjang kepada rakyat.

Kemudahan yang bakal dipertingkatkan seperti jalan raya, elektrik dan air, sekolah, hospital dan klinik, taman perindustrian dan infrastruktur sokongan perindustrian dan pertanian serta pelancongan bagi menarik pelaburan dan mewujudkan perindustrian yang bercorak jangka panjang.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pembangunan dan program boleh dibuat oleh kerajaan ada hasil yang lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain.

Pada masa yang sama, apabila menjalankan projek, Kerajaan Negeri bercadang untuk memastikan projek itu ditawarkan kepada syarikat milik rakyat negeri ini.

tanggungjawab syarikat di negeri ini ialah meningkatkan keupayaan dari segi pengurusan, pekerja mahir, kelengkapan dan mesin, kebolehan menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan dan tidak melebihi peruntukan yang disediakan untuk projek berkenaan.

“Saya ingin melihat pusingan wang dalam ekonomi negeri ini berkisar atau berputar sebanyaknya dalam negeri ini dan bukan mengalir keluar. Apabila pusingan wang dalam ekonomi negeri dinikmati oleh penduduk dan rakyat tempatan, maka barulah kita lihat pendapatan isi rumah di Terengganu meningkat.

“Kita tidak mahu keadaan hasil dan kewangan yang tinggi tetapi pendapatan purata rakyatnya tidak sejajar tinggi,”katanya pada majlis Perasmian Pelancaran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Luar Bandar dan Usahawan Negeri, Dato’ Mohamad Awang Tera selaku Pengerusi Gabem Terengganu.

Manakala Menteri Besar sebagai penaung Gabem diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Penasihat Majlis Gabem Negeri. Manakala Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu pula dilantik sebagai Sekretariat Majlis Gabem Negeri.

Seramai 20 ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada individu melibatkan pelbagai bidang termasuk usahawan petroleum, perdagangan, peruncitan, perkhidmatan, asas tani dan makan, ahli politik, sistem maklumat dan kontraktor binaan.

Dalam pada itu, buat permulaan Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM50,000 kepada Gabem Negeri bagi menggerakkan aktiviti badan itu, selain peruntukan akan ditambah berdasarkan keperluan serta untuk menjayakan misi penubuhannya bagi menambah golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan memartabatkan ekonomi masyarakat Melayu di Terengganu khasnya

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.