Festival Nasyid yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkesan dijadikan wadah untuk lebih mendekatkan diri kepada agama Islam seterusnya selaras dengan prinsip ke lapan Islam Hadhari : Keutuhan Budaya & Moral.
Sememangnya lirik dan senikata nasyid berkeupayaan menjuruskan pelajar kearah mengamalkan cara hidup yang bersesuaian dengan syariat Islam.
“Nasyid sebernarnya mampu membawa mesej dakwah yang berkesan kerana nilai-nilai murni serta unsur-unsur nasihat yang dimuatkan dalam lagu nasyid,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang dibacakan oleh Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Yb Khazan Che Mat.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5, di Dewan Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man,
Dato’ Ahmad Said, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan terhadap program yang dianjurkan terutamanya mampu memberi impak positif kepada masyarakat lebih-lebih lagi program yang berbentuk dakwah ternyata mampu mendekatkan diri kepada agama Islam.
“Kita mengharapkan agar festival nasyid yang dianjurkan ini akan dapat membawa sesuatu perubahan dalam industri hiburan masa kini walaupun tidak sebesar mana,” katanya.
Sementara itu, acara tahunan yang berlangsung selama empat hari berkampung di TTI disertai 16 kontinjen dari seluruh negara dengan jumlah peserta hampir 300 peserta.
Sabtu, Julai 12, 2008
FESTIVAL NASYID
Label:
nasyid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan