Kembara Perpaduan Melayu Semalaya (KPMS) menyerahkan memorandum perpaduan kepada Kerajaan Negeri sebagai menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) , Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan PM, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Konvoi seramai 70 orang terdiri daripada 38 motor berkuasa tinggi dan tujuh kereta tiba di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu itu disambut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Kita menyokong dan mengalu-alukan semangat ditunjukkan KPMS, menjelajah ke negeri-negeri membawa misi perpaduan sebagai penyataan taat setia kepada kepimpinan tertinggi negara,” katanya di majlis sambutan dan pelepasan konvoi KPMS di Dataran Shahbandar.
Katanya, kepimpinan dan rakyat di negeri ini juga menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Abdullah dan Dato’ Seri Najib supaya terus memimpin negara demi mengekalkan perpaduan orang Melayu
Khamis, Julai 10, 2008
MEMORADUM PERPADUAN
Label:
memo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan