Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang juga Ketua Umno Kuala Nerus dijangka dicabar tiga calon, termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pada pemilihan parti Oktober depan.
Calon lain yang dijangka menawarkan diri ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman dan naib ketua bahagian itu, Basir Ismail.
Bagi jawatan timbalan ketua, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Mohd Shapian Ali dijangka menang mudah apabila tiada seorang pun ahli jawatankuasa bahagian setakat ini menunjukkan minat menawarkan diri mengisi jawatan itu.
Azmi yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian berkata, beliau menawarkan diri bertanding untuk memperkasakan parti dan mengeratkan perpaduan ahli peringkat bahagian.
Katanya, walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, tetapi atas desakan dan permintaan beberapa ketua Umno cawangan menyebabkan beliau berminat menawarkan diri bertanding jawatan itu.
"Selain saya, Basir berminat menawarkan diri. Kita yakin semua calon yang menawarkan diri tetap mengutamakan perpaduan dan akan berusaha mengelak perpecahan penyokong," katanya.
Sementara itu, Mohd Shapian yang digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya umum lalu dan menawarkan diri bertanding timbalan ketua Umno bahagian berkata, semua pihak harus akur kehendak dan permintaan ahli.
"Tidak timbul soal cabar-mencabar atau menderhaka. Semua pihak harus faham jawatan dalam parti hanya ditentukan oleh pada mesyuarat perwakilan bahagian," katanya. (petikan Berita Harian)
Khamis, Julai 10, 2008
3 CALON CABAR DATO NASIR
Label:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan