Jumaat, Oktober 03, 2008

Hairudin Nak Bermain Di kampung

SAYA masih sayang Pahang. Itu hakikat namun pada masa yang sama saya sedia kembali bermain dengan salah satu pasukan di Terengganu."Dua negeri itu amat bermakna kepada saya. Satu, Terengganu menggilap bakat saya sebagai pemain bola sepak, satu lagi menyelamatkan karier saya ketika saya berada di 'jalan mati'.

"Sebenarnya saya kini sedang berbincang untuk kembali ke Terengganu dan beraksi dengan Pasukan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu atau T-Team."Demikian pengakuan penuh jujur yang dibuat oleh bekas penyerang utama skuad negara, Hairuddin Omar dalam satu pertemuan eksklusif dengan Kosmo! semalam.

Dalam perjumpaan setengah jam di rumahnya di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu beliau berkata, belum ada kata putus mengenai perkara itu.Beliau tidak mahu peminat bola sepak membuat andaian awal sebaliknya memberi ruang kepadanya berunding dengan semua pihak berkenaan secara berhemah.

Menurutnya, dia sudah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pengurusan T-Team yang berada di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).Setakat ini katanya, rundingan berjalan lancar tetapi belum ada sebarang kata putus kerana banyak perkara perlu diperhatikannya.

Sebelum ini isu kemungkinan Hairuddin Omar kembali ke Terengganu dipetik sesetengah media melalui sumber tidak rasmi sahaja.Bagaimanapun, pemain yang baru pulang daripada menjalani latihan bersama skuad Pestabola negara di Slovakia itu sanggup tampil membuat penjelasan.

"Kalau nak kira, saya masih penat dan mahu bercuti bersama keluarga sempena Aidilfitri, tapi kerana menghargai media dan peminat, tak kisahlah."Ketika berada di Slovakia saya melayari internet dan terbaca laporan sebuah akhbar yang mengatakan saya akan bermain dengan T-Team.

"Apabila pulang, ramai peminat bertanya, hinggakan ketika berada di masjid untuk bersembahyang sunat Aidilfitri pun ada yang bertanya hal itu, "katanya.Beliau berkata, ada kesan positif laporan itu iaitu beliau mendapat gambaran rambang bagaimana penerimaan peminat terhadap kemungkinan itu.

Katanya, berdasarkan pengamatan, jelas sekali kelibatnya bersama pasukan yang berpengkalan di Terengganu diterima baik.Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu mengguris hati peminatnya di Pahang, yang dianggapnya sangat setia serta menjadi motivasi kepadanya selama ini.

Beliau berkata, sebelum membuat kata putus, dia perlu melihat pelbagai terma dalam perjanjian termasuk status kontrak, gaji dan hal-hal sampingan.Katanya, dia tidak memikirkan soal kredibiliti T-Team malah sedia bersama pasukan itu walaupun terpaksa bersaing dalam Liga Perdana.

"T-Team baru 'naik pangkat' ke Liga Perdana setelah menjadi juara Piala FAM musim ini. Saya tak kisah semua tu dan percaya mampu meningkat bersama pasukan kecil.

"Lagipun, T-Team mungkin diserta beberapa bekas pemain handal Terengganu yang kini berkelana atas pelbagai sebab sejak beberapa tahun lalu."Sekarang saya berfikir dari aspek lain iaitu keluar dari Pahang dengan baik dan disayangi peminat serta pengurusan Pahang atau kekal bersama Tok Gajah," katanya.

Tambahnya, kontraknya dengan Tok Gajah berakhir tahun ini dan segala-galanya masih tidak menentu untuk beliau membuat kenyataan muktamad.Ditanya adakah beliau memikirkan 'halangan tertentu' untuk pulang ke Terengganu, beliau berkata, halangannya ialah semua perkara yang telah dinyatakan tadi.

"Tak ada kerisauan lain. Hanya itu yang saya fikirkan. Selebihnya saya mahu fokus menghadapi saingan Pestabola Merdeka tak lama lagi."Saya akan buat keputusan yang baik, juga doakan bola sepak kita berkembang maju setelah tertinggal sekian lama di rantau ini," katanya.

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.