Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyifatkan tindakan para penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang cuba menimbulkan kekecohan ketika Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Bersama Menteri-Menteri Kabinet pada 1 Syawal lalu sebagai perbuatan biadab.
Sambil melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan tersebut, Ahmad berkata, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia hanya boleh mencetuskan sentimen perkauman.“Itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab kerana kalau nak serahkan memorandum dan berjumpa Perdana Menteri pun, bukan memilih tempat itu (PWTC) ketika majlis hari raya….ia bukan lokasi dan suasana (yang sesuai),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kampung Teluk Kalong di sini, semalam.Pada masa yang sama, Ahmad turut menolak kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan bahawa perbuatan Hindraf adalah satu langkah perubahan dalam sistem demokrasi negara dan bukan perbuatan biadab.
“Kita bukan negara Barat…. apa sahaja perkara yang ingin dilakukan harus ada had-had atau batas tertentu. Kalau demonstrasi itu berlaku secara aman, kita tidak akan menolak,” ujarnya.Bagaimanapun katanya, apa jua situasi yang berlaku, kepentingan terhadap negara seharusnya diutamakan dan semua pihak tidak wajar menghangatkan lagi kekecohan tersebut.
“Kita ada kekuatan masing-masing, jangan biarkan pihak luar cuba menangguk di air keruh, mereka (orang luar) memang hanya menunggu masa untuk melihat negara kita kucar-kacir,” katanya.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, situasi yang berlaku itu boleh mencemarkan majlis hari raya di samping mencetuskan ketegangan antara kaum.
“Jangan samakan perjumpaan hari raya dengan perjumpaan biasa, ideologi politik, bangsa dan agama harus ditolak ketepi ketika sambutan hari raya diadakan. Demokrasi sedia ada tidak harus disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu demi untuk meraih kepentingan peribadi,” tegasnya.
Isnin, Oktober 06, 2008
DAS Sanggah kenyataan Presiden Pas Mengenai Hindraf
Label:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan