Kolej TESDEC (Terengganu Skills Development Centre) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Malaysia-France Institute (MFI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai memulakan kerjasama bagi memajukan pendidikan berkemahiran tinggi khasnya untuk rakyat Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman, berkata MOU ini bertujuan meningkatkan sistem pendidikan yang berkonsep baru iaitu ‘vokademik’ bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja.
“ Pada era K-ekonomi, kemahiran beserta kelayakan akademik yang cemerlang mampu menembusi pasaran kerja yang semakin sengit. Dengan ini, penuntut lepasan TESDEC tidak akan menghadapi masalah membina kerjaya masing-masing.
“ Pengajian yang berteraskan vokasional dan akademik ini mampu melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selain melengkapkan kriteria pasaran kerja yang dikehendaki pada masa akan datang,” katanya selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UniKL dengan Kolej TESDEC, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam (10 September).
Katanya, perancangan masa depan penting untuk menyusun strategi dalam usaha Kerajaan Negeri melahirkan modal insan yang berkemahiran antarabangsa. Program Diploma in Engineering Technology (Automotive Maintenance) akan ditawarkan pada peringkat pertama. Program diploma ini dijangka menerima 50 pelajar pertama pada Julai 2009, manakala 600 pelajar dijangka akan mengambil kursus ini sepanjang 2015.
Khamis, September 11, 2008
UNIKL MoU Dengan TESDEC
Label:
pendidikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan