Kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa sembilan tahun lalu masih sukar dilupakan dan menyebabkan dua beradik yang tinggal di Asrama Anak Yatim Darul Iman di Pulau Kerengga, di sini menitiskan air mata menjelang Aidilfitri. Ketika ditemui Afifah Kamaruddin, 15, dan abangnya, Muhammad Afildi, 16, kelihatan sebak dan air mata bergenang apabila diminta menyingkap kembali peristiwa yang menyebabkan mereka terpaksa menghuni asrama berkenaan.
Dua pelajar itu adalah daripada empat beradik yang menjadi yatim piatu apabila ayah mereka, Kamaruddin Mamat dan isterinya Khazimah Sulaiman maut selepas ketika dinaiki bertembung dengan lori. Dalam kejadian awal pagi pada 21 November 1999 itu, Kamaruddin Mamat dan Khazimah yang dalam perjalanan untuk menjual sayur yang ditanam di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
Afifah berkata, selepas kejadian itu mereka empat beradik termasuk abang, Muhammad Afnan, 18, dan adik bongsu, Ayuni, 13, tinggal bersama ibu saudara, Seliah Mamat di Kampung Bukit, Setiu.
Khamis, September 11, 2008
Dua beradik menumpang kasih di Darul Iman
Label:
Anak Yatim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan