Kerajaan Negeri akan mewujudkan pusat pemulihan bagi menempatkan remaja yang terlibat dengan masalah moral untuk membimbing mereka ke jalan yang diredai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Khazan Che Mat, berkata selain dijatuhi hukuman denda serta jaminan berkelakuan baik, mereka perlu dibimbing untuk meneruskan kehidupan yang baik
Masyarakat juga perlu lebih memahami undang-undang mahkamah Syariah yang digunapakai dalam satu-satu tatacara kes agar setiap masalah menemui jalan penyelesaiannya,” katanya di majlis Mahabbah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,
Katanya, hal ehwal pentadbiran institusi kehakiman telah banyak berubah dan banyak kes mahkamah dapat diselesaikan mengikut jadual dan tarikh perbicaraan boleh diperolehi dalam tempoh 21 hari.
YB Khazan juga berharap dengan program sebegini, masyarakat akan lebih mengetahui hak mereka serta fungsi jabatan kehakiman selain lebih memahami keindahan undang-undang Islam yang digariskan.
“Mahkamah adalah tempat untuk menyelesaikan masalah dan bukannya tempat menimbulkan masalah oleh itu pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah hendaklah bekerja mengikut peraturan supaya perundangan Islam dapat didaulatkan dan diperakui,” katanya.
Majlis Muhabbah yang disertai 300 peserta terdiri imam, bilal, kakitangan kerajaan dan pemimpim masyarakat turut dimuatkan ceramah ‘Isu-isu Dalam Pengendalian Kes di Mahkamah Syariah’ oleh Dato’ Ismail Yahya dan forum bertajuk ‘Perlaksanaan Undang-undang Syariah.
Selasa, Ogos 05, 2008
PULIH MORAL DI PUSAT PEMULIHAN
Label:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan