Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beliau belum dihubungi Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan berhubung projek Piala Monsun dan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini.
"Insya-Allah saya sedia memberikan kerjasama bukan saja untuk kes ini tetapi apa juga bantuan dan pertolongan diperlukan BPR, saya sedia bekerjasama bagi menentukan yang terbaik untuk rakyat Terengganu.
"Kita mempunyai sikap terbuka...kalau rakyat berasakan ada sesuatu yang tak kena jadi mereka akan melaporkan...sama seperti saya, bila turun ke kawasan dan menerima laporan ada yang tidak kena, kita akan siasat," katanya kepada media sekembali daripada mengerjakan umrah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini semalam.
Beliau tiba di LTSM kira-kira jam 3.45 petang bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan disambut kira-kira 500 penyokong, ahli politik serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Rabu, Ogos 06, 2008
Akan Bantu BPR
Label:
rasuah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan