SELEPAS 20 tahun merasai debaran Olimpik terakhir di Seoul, bekas jaguh pecut negara, Rosman Alwi membayangkan Sukan Olimpik Beijing bagaikan pentas terbaik buat skuad berbasikal Malaysia mencuri tumpuan juga pingat.“Di bawah bimbingan John Beasly, orang ramai mula membuka mata terhadap kemampuan mereka dan dengan pencapaian yang dimiliki, tidak ada yang mustahil.
“Jika tidak masakan Azizulhasni menerima gelaran ‘The Pocket Rocketman’. Ini sebenarnya satu pengiktirafan buat pelumba negara,” katanya.
Justeru apa yang diharapkannya ialah semua pelumba terbabit melakukan yang terbaik untuk negara dan paling penting memberi tumpuan terhadap aspek teknikal yang mampu membantu kayuhan mereka.
“Dalam acara keirin dan pecut, ia memerlukan kemahiran dalam aspek teknikal dan tidak hanya tertumpu kepada kekuatan semata-mata,” katanya yang pernah beraksi dalam acara pecut 200m dan 1,000m ujian masa dalam dua edisi Olimpik
Isnin, Ogos 04, 2008
MOHD AZIZULHASNI...digelar 'The Pocket Rocketman'.
Label:
sukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan