
Usaha penjenamaan semula dan pemuliharaan terumbu karang di Pulau Bidong, Terengganu dipergiatkan bagi memastikan pulau itu menjadi antara destinasi pelancongan terkenal di dunia bagi penggemar aktiviti skuba.
penjenamaan semula Pulau Bidong di persada dunia sebagai destinasi taman tema skuba pertama di dunia yang menggabungkan Galeri Tukun Tiruan, Galeri Bangkai Kenderaan Pengangkutan Tentera selain dari Galeri Dasar Laut Warisan yang sedia ada. Kementerian Pertahanan akan meletakkan bangkai-bangkai kapal terbang, kapal laut, kereta kebal dan helikopter di Taman Tema Pulau Bidong dan ini sudah tentu dapat menggamit penyelam-penyelam untuk menyaksikan secara dekat di samping bangkai-bangkai tersebut dapat menjadi tempat pembiakan hidupan laut.
Warisan di Pulau Bidong perlu dipulihara sebagai destinasi eko pelancongan dan juga sebagai produk nilai tambah kepada cadangan Taman Tema Skuba Pulau Bidong seperti pengwartaan Memorial Vietnam dan juga Pusat Penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut marin yang termasuk juga pusat penetasan penyu.
Dengan termeterainya projek ini akan memartabatkan destinasi Pulau Bidong yang pada suatu masa lalu sinonim sebagai penempatan pendatang Vietnam akan dijenamakan sebagai destinasi Taman Tema Skuba pertama di dunia.
Selasa, Julai 08, 2008
TAMAN TEMA SKUBA BERTARAF DUNIA
Isnin, Julai 07, 2008
10 BUAH PULAU DI TASEK KENYIR DI MAJUKAN

Kerajaan Negeri akan membangunkan 10 pulau di Tasik Kenyir yang dikenali Kenyir Island Hopping (KIH) sebagai usaha berterusan menyediakan kemudahan baru dari segi pembangunan di destinasi percutian terkenal itu untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
Program yang dinamakan Kenyir Island Hoping (KIH) itu adalah cetusan idea Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam memastikan tasik berkenaan yang sememangnya kaya dengan hasil semulajadi di manfaat sepenuhnya dalam memastikan industri pelancongan di negeri berkembang maju.
“Kerajaan memperuntukan RM160 juta bagi tujuan tersebut yang melibatkan kawasan seluas 72 hektar,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Triathlon Antarabangsa Tasik kenyir 2008, di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
''Tasik Kenyir adalah permata Terengganu dan usaha mempromosi dan memajukan Tasik Kenyir sebagai tasik terbesar di Asia Tenggara seharusnya diperhebatkan
pulau-pulau tersebut boleh dihubungkan antara satu sama lain dalam usaha untuk menarik minat pelancong untuk ke kawasan berkenaan.
''Konsep KIH merupakan satu produk baru di mana 10 pulau akan dibangunkan dengan pembinaan seperti taman burung, ecopark, dan taman orkid," katanya.
Jelasnya, kawasan seluas 72 hektar itu juga akan dibangunkan dengan pembinaan 'Tropical Garden' yang menghimpun pokok-pokok tradisonal yang semakin pupus dan juga dengan buah-buahan tempatan.
''Di 'Tropical Garden', kita dikenalkan dengan pokok-pokok tradisional seperti pokok Ara yang semakin pupus.
''Melalui pembinaan kawasan tersebut, ia akan mengingatkan kita kembali dengan pokok-pokok yang semakin pupus dan tidak dikenali," ujarnya.
Ini juga, jelasnya memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.
Mengulas lanjut, Za'abar memberitahu, pulau-pulau tersebut akan dihubungkan melalui jambatan antara satu sama lain ataupun mengambil masa 15 minit dari jalan darat.
''Pulau Selimbar contohnya akan dihubungkan dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Kerengga, Pulau Selimbar Hulu melalui jambatan.
100 HARI PEMERINTAHAN DATO AHMAD SAID

Kerajaan Negeri Terengganu dijangka menerima pembayaran royalti minyak berdasarkan kiraan harga pasaran semasa daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bermula September ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pembayaran secara terus kepada Terengganu akan dibuat selepas segala proses berhubung pembayaran selesai.
"Saya gembira kerana berkat kerjasama semua pihak hasil royalti minyak dikembalikan semula kepada rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku 100 hari pentadbiran Ahmad sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Buku bergambar setebal 99 halaman itu diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar mengisahkan liku-liku dan perjalanan Ahmad yang bermula sebagai pegawai kerajaan sehingga menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu ke-13.
Buku ini mengandungi ucapan ringkas Ahmad yang dipetik daripada ucapan, wawancara khas, sidang akhbar dan sebagainya serta gambar-gambar menarik ketika beliau bertugas.
Beliau sentiasa mengingati satu ungkapan yang menjadi panduan diri supaya sentiasa berfikiran positif ketika mentadbir negeri. Ungkapan empat kerat `jangan mudah ambil hati, jangan mudah jauh hati, jangan mudah jatuh hati, yang penting berhati-hati’
Ahad, Julai 06, 2008
ANAK TERENGGANU BERJAYA DIPERANTAUAN

BAGI kebanyakan pelajar universiti, bekerja sambilan mencari pendapatan sampingan menampung perbelanjaan adalah perkara biasa, namun anak muda kelahiran Merang, Terengganu, Zamri Khamis, 35, pengalaman itu cukup berbeza kerana memberi kesan besar dalam hidupnya.
Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997, Zamri melihat satu peluang besar dalam sektor perkhidmatan penghantaran cepat atau 'courier' dan terus berusaha keras sehingga berjaya memiliki syarikat sendiri, Aero Line of Companies. 
Bermula kerja sambilan sebagai penghantar surat dengan bayaran elaun RM5 sehari, seterusnya menjalani latihan amali di syarikat yang sama di Pulau Pinang, Zamri bertekad untuk bergerak lebih jauh kerana melihat potensi dalam sektor itu.
"Lapan tahun saya bekerja menghantar surat dan timbul keinginan kuat untuk membuka perniagaan sendiri berbekalkan pengalaman yang ada. Di sebelah pagi, saya lengkap beruniform 'mat despatch' dan petangnya saya mencari pasaran. (petikan Berita Harian)
TAMAN LAUT YANG TERCANTIK DI DUNIA

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negeri, YB Datuk Za’abar Mohd Adib, berkata kemudahan untuk kegiatan menyelam disediakan di kebanyakan pulau negeri ini yang adalah antara lokasi menyelam terbaik di dunia.
“Pulau Redang dan Pulau Perhentian sudah dikenali di peringkat dunia kerana memiliki batu karang yang dikatakan antara terindah di dunia. Di Pulau Bidong pula terdapat galeri dasar laut yang menempatkan artifak-artifak unik yang bakal menarik perhatian penyelam-penyelam,’’ katanya ketika merasmikan Malaysia International Dive Expo 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 4 Julai lalu
Kerajaan Terengganu mengalu-alukan kedatangan pelancong luar negara, khususnya mereka yang gemar melakukan aktiviti menyelam kerana terdapat banyak lokasi untuk mereka melakukan kegiatan tersebut di pulau-pulau negeri ini.
Sabtu, Julai 05, 2008
KEARAH MELAHIR GENERASI ULUL ALBAB

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata Didikan al-Quran yang diberi seawal usia mampu menjadikan mereka generasi berilmu, berakhlak dan bertaqwa serta menjadi umat yang gemilang, kreatif dan berdaya saing di peringkat global. di Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu ‘Ain (KAFA) di Stadium Tertutup Gong badak, Kuala Terengganu, hari ini ( 5 Julai). Teks beliau dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang. 
Buat julung kalinya, seramai 13,877 pelajar seluruh negeri berusia antara tujuh hingga 12 tahun berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzuk dalam usia muda di bawah program melahirkan generasi Ulul Albab. memupuk minat mengaji al-Quran dari kecil dapat meningkatkan mutu bacaan yang betul, lancar, bertajwid dan memudahkan mereka menghafal serta memahami isi kandungan al-Quran. Kanak-kanak itu merupakan bakal ilmuan yang mampu mengeluarkan ijtihad dan menyelesaikan isu kotemporari.
Kerajaan berhasrat semua sekolah di negeri ini menyambut baik program KAFA untuk menyemai benih kesuburan pegangan agama sejak kecil,” 
Kerajaan merasa bangga apabila anak negeri ini iaitu Wan Nur Aina Nasibah Wan Abdul Rahim daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, terpilih sebagai pelajar cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Peringkat Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini.
Sehingga hari ini lebih 70,000 pelajar dan 3442 guru sedang mengiktui program KAFA di 887 buah premis melibatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat, Masjid dan Surau seluruh negeri.
Kerajaan tidak mensia-siakan komitmen yang tinggi daripada guru-guru KAFA dan telah menaikkan elaun bulanan mereka kepada RM500 dan dalam usaha menyediakan pakej pengajaran yang berkesan mereka akan dihantar berkursus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran
TERUS MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGERI

Kerajaan Negeri menghantar 30 orang guru yang mengajar pelbagai subjek ke Universiti Connecticut, Amerika Syarikat untuk menghadiri Confratute mulai 4 - 21. Jualai2008. Rombongan ini di ketuai YB Razif Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Pelajaran, Sains & Teknologi, Sumber Manausia Negeri. M
ereka ini akan menyertai pelbagai bengkel di mana pelajar yang mempunyai IQ tinggi dari seluruh dunia menyertai. Terengganu merupakan peserta yang paling ramai menyertai bengkel tersebut.
11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.
PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.
INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.
BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.
10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.
SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.

