Bandar Baru Kijal (BBK) yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Chukai di sini, bakal menjadi hab tekstil di Pantai Timur apabila 44 unit rumah kedai tiga tingkat yang dibina untuk tujuan itu siap menjelang September ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, rumah kedai itu disasarkan sebagai lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara memasarkan produk mereka.
"Kita jangkakan projek ini akan siap sebelum bulan puasa nanti (Ogos) dan ia akan menjadi pusat untuk peniaga-peniaga tekstil termasuk dari Nilai 3, di Negeri Sembilan, Jalan Masjid India mahupun dari luar negara termasuk Thailand untuk memasarkan produk mereka.
"Jadi dengan itu rakyat di sebelah Pantai Timur tidak lagi perlu ke Nilai 3 untuk berbelanja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad yang ditemui selepas majlis penanaman 100 batang pokok weepy willow di BBK berkata, beliau juga menjangka pusat tekstil itu akan menarik pelancong dari selatan Thailand seperti Yala dan Narathiwat kerana kedudukannya yang lebih dekat berbanding ke Bangkok.
"Perjalanan ke Kijal cuma mengambil masa tujuh hingga lapan jam berbanding 22 jam untuk ke Bangkok," katanya.
Beliau berkata, harga tekstil di BBK juga akan jauh lebih murah memandangkan kerajaan negeri telah memohon kepada Jabatan Kastam untuk menubuhkan sebuah "pelabuhan kering" di situ.
Projek pembangunan BBK meliputi kawasan seluas 160 hektar dan rumah kedai tiga tingkat itu adalah pembangunan fasa pertama yang turut menyaksikan pembinaan sebuah pasar raya hiper dan 120 unit kedai.
"Apabila siap kelak, ia mampu menjadi penjana ekonomi di Kijal dengan lebih 200 peluang pekerjaan. Turut dirancang ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Hospital Daerah Kemaman,'' katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad menafikan petugas Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) adalah antara 10 pegawai penguat kuasa yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
"Tidak ada...mereka yang (ditahan) dari agensi lain, bukan MPK," katanya.
Selasa lepas, SPRM dilaporkan telah menahan 10 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi kerajaan kerana dipercayai menerima suapan antara RM500 dan RM5,000 daripada seorang peniaga besi buruk.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan