Selasa, Oktober 21, 2008

Bollywood Pilih Terengganu

Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac tahun depan.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong.

"Syarikat filem berkenaan ingin mendapat kerjasama daripada kerajaan Terengganu bagi membuat penggambaran di tempat-tempat menarik di negeri ini."Kita harap filem yang akan dibuat antara 200 hingga 400 salinan itu apabila ditayangkan kelak, dapat memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia," katanya selepas merasmikan resort lima bintang, Ri-Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyong di sini hari ini.

Resort yang mempunyai 97 buah bilik dan 13 calet itu adalah milik kerajaan Terengganu dan diuruskan oleh Ri-Yaz iaitu anak syarikat kumpulan Ri-Yaz Hotels & Resort, mulai 1 Ogos lepas.

Ahmad berkata, filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang berbulan madu di Terengganu dan dilakonkan oleh Rani Mukarjee manakala heronya masih belum diputuskan.

Tahun lepas, sebuah syarikat filem dari China turut membuat penggambaran siri drama di Pulau Perhentian, yang merupakan antara pulau yang terindah di dunia.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bertamboh lagi la artis bollywood yang dapat Datuk dari Tranung pulok hehe....

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

Zaki berkata...

Suatu ketika dahulu Pulau Duyong adalah tempat lahirnya ulama'-ulama' besar dan mufti2 negeri Terengganu... peninggalannya adalah Kota Lama Duyong yg pada masa dulu menjadi tempat menimba ilmu. Apa yg nak dibanggakan dengan Bollywood... satu pusat pengeluaran filem2 Hindi yg rata2 berunsur hayalan dan merosakkan akhlak muda-mudi yg menontonnya...apa yg nak dibanggakan jika artis2 Bollywood ni datang ke Terengganu khasnya Pulau Duyong ... dan jika lokasi2 di terengganu dapat masuk ke dlm filem2 Hindi ini???
Hentikan... satu usaha yg amat bertentangan dengan warisan Terengganu Darul Iman di tonjolkan. Apakah ini usaha sampingan utk melahirkan gernerasi ulul al bab???

Zaki berkata...

Sila baca internet, apa komen bloggers & netters bila Negeri Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan...sungguh memalukan, jatuhnya darjah anugerah negeri melaka... sehingga ada anak2 melaka yg malu mengaku anak melaka.... dan tunggu Terengganu is next.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.