Persatuan Pelancongan Terengganu dan ejen- ejen pelancongan negeri ini diminta membantu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) ekoran timbulnya beberapa isu mengenainya sejak kebelakangan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelak ia memberi kesan negatif sehingga menjejaskan sektor pelancongan negeri ini.
Beliau berkata, isu kos dan pembinaan kemudahan Piala Monsun dan TTI sepatutnya sudah berlalu kerana kedua- duanya sudah siap dibina dan kini menjadi produk pelancongan negeri ini.
''TTI sudah menjadi satu ikon di negeri ini manakala Piala Monsun telah banyak membantu meningkatkan ekonomi penduduk negeri ini ketika musim tengkujuh.
''Sebagai produk pelancongan, kita perlu memastikan ia dapat membantu menarik kedatangan pelancong ke negeri ini," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Terengganu ke-19 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Jumaat, Ogos 01, 2008
JADIKAN SEBAGAI TARIKAN ISTIMEWA
Label:
pelancongan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan