Rabu, Julai 02, 2008

OTAK-OTAK CHE WAN



Otak-otak Che Wan dijual hampir 5,000 keping sehari. Kerana kelainan rempah dan isi ikan yang segar, pelanggan datang seawal pukul 12 tengah hari biarpun ia hanya dibuka 2 petang.


Warung Otak-otak Che Wan di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu, dapat melihat longgokan 'sarung' otak-otak yang ditinggalkan pelanggan di atas meja.




Ada kira-kira 20 buah meja di warung ini, tiada satu pun yang kosong. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 4.30 petang. Niat hati untuk membeli dan membawa balik otak-otak yang menjadi kegemaran ramai itu juga dikecewakan.


RESIPI rempah otak-otak Che Wan yang kini menjadi sebutan merupakan inisiatif Tengku Sulong, seorang keturunan kerabat diraja Terengganu.

MENDOKUMENTASI TEKNIK MEMBUAT BOT TRADISIONAL TERENGGANU


Kerajaan negeri akan mendokumentasikan teknik pembuatan bot tradisional Terengganu sebagai salah satu usaha memulihara warisan itu agar tidak pupus ditelan zaman.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, langkah itu bagi memastikan teknik berkenaan dapat dipelajari oleh golongan muda supaya industri berkenaan terus berdaya saing.

Para pengusaha bot sekarang terdiri daripada warga emas yang apabila menerima tempahan, mereka menggunakan kemahiran mengikut pengalaman masing- masing untuk membina bot berkenaan.

Selasa, Julai 01, 2008

SEPTEMBER INI KITA DAPAT ROYALTI



Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata berdasarkan rundingan positif beliau dan Kerajaan Pusat, proses mengembalikan wang royalti itu akan diuruskan oleh Petronas dan tidak melalui Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri akan menerima wang royalti yang dibayar terus oleh Petronas sebanyak dua kali setahun bermula September ini.

Wang pembayaran itu akan dimasukkan terus ke akaun Perbendaharaan Negeri Terengganu berdasarkan jumlah baki yang masih ada dan Kerajaan Negeri masih menunggu keputusan daripada Kerajaan Pusat mengenai jumlah sebenar.

DI BESUT ADA PUSAT MINDA TERBESAR DI DUNIA



Penubuhan Pusat Minda Besut (MindCet) adalah antara usaha bagi mencetus perubahan minda di kalangan masyarakat supaya berlaku anjakan paradigma ke arah pemikiran global serta melahirkan generasi pintar, inovatif dan kreatif.



Pusat yang ditubuhkan dengan kerjasama BrainNetwork Universiti Sains Malaysia (USM) itu adalah pertama diwujudkan di negara ini, bakal melahirkan cerdik pandai yang mampu mencetuskan pelbagai idea hebat untuk pembangunan masyarakat dan negara.




Semua input pembinaan dan reka bentuk pusat itu dilaksanakan oleh Prof Pusat Rangkaian Otak Sains Neurokognitif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Prof Dr Zalina Ismail.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui operasi Mindcet boleh mengadakan lawatan dan setiap peserta akan mengambil masa empat jam setiap sesi untuk menghabiskan semua modul

TERENGGANU PENGELUAR ROCK MELON TERBESAR



Terengganu mensasarkan memperolehi antara RM30 juta hingga RM50 juta daripada jualan buah rock melon tahun depan, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pengeluar terbesar buah itu di negara ini.

Pengarah Eksekutif Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC), Ir. Adnan Ghazali berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan pada masa ini terdapat lebih 250 petani sedang mengusahakan tanaman tersebut di seluruh negeri.

Jenama TrenDI Fresh, saya optimis bahawa Terengganu akan menjadi pengeluar buah rock melon terbesar di negara ini berikutan permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

KARNIVAL TERENGGANU



Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan & Pelncongan Negeri, Datuk Za'abar Dato Mod Adib telah merasmikan Karnival Terengganu 2008 di Taman Awam Pantai Batu Buruk. Kuala Terengganu.



Datuk Za'abar mencuba bakat bermain gamelan pada Karnival Terengganu 2008
Pengunjung boleh menyaksikan persembahan kebudayaan di Karnival Terengganu 2008 di Taman Awam Pantai Batu Buruk. Kuala Terengganu.

Isnin, Jun 30, 2008

CURI PASIR : PEGAWAI JANGAN CUAI




Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kegiatan itu dilihat tidak bermoral dan melanggar Akta Kanun Tanah Negara serta peraturan pejabat tanah dan galian (PTG) yang menghalang aktiviti seumpama itu.

Kerajaan negeri memandang serius kegiatan mencuri pasir dan tanah yang berleluasa sejak kebelakangan ini dan berharap pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kegiatan itu diseret ke pengadilan secepat mungkin.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.