Otak-otak Che Wan dijual hampir 5,000 keping sehari. Kerana kelainan rempah dan isi ikan yang segar, pelanggan datang seawal pukul 12 tengah hari biarpun ia hanya dibuka 2 petang.
Warung Otak-otak Che Wan di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu, dapat melihat longgokan 'sarung' otak-otak yang ditinggalkan pelanggan di atas meja.
Ada kira-kira 20 buah meja di warung ini, tiada satu pun yang kosong. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 4.30 petang. Niat hati untuk membeli dan membawa balik otak-otak yang menjadi kegemaran ramai itu juga dikecewakan.
RESIPI rempah otak-otak Che Wan yang kini menjadi sebutan merupakan inisiatif Tengku Sulong, seorang keturunan kerabat diraja Terengganu.
Rabu, Julai 02, 2008
OTAK-OTAK CHE WAN
Label:
makanan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan