Isnin, Ogos 25, 2008

Aset KETENGAH Disita

Akibat gagal melunaskan bayaran kerja-kerja awam oleh sebuah syarikat kontraktor berjumlah RM8 juta, kenderaan dan pelbagai barangan pejabat milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini disita semalam.

Writ penyitaan barangan berkenaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 18 Ogos lalu dan pelaksanaan penyitaan dan jualan barangan itu akan dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Mengikut writ tersebut, Ketengah yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diberi tempoh dua minggu sehingga 7 September ini untuk menjelaskan hutang tertunggak sejak 20 tahun lalu yang dituntut syarikat, Mehndza Builders.

Jika gagal melunaskan hutang berkenaan, segala harta alih termasuk komputer, perabot dan kenderaan yang dimiliki Ketengah akan dilelong kepada awam.

Namun, dalam pertemuan antara pihak pengurusan Ketengah dan pihak terbabit, kebenaran diberi kepada kakitangan agensi itu menggunakan semua aset yang disita, namun ia tidak dibenarkan dibawa keluar dari premis tersebut. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mehndza Builders, Datuk Shamsuar Mahmood ketika ditemui berkata, kontrak kerja awam yang dijalankan syarikatnya untuk Ketengah telah disiapkan pada tahun 1985, namun sehingga kini bayaran akhir bernilai RM6 juta belum dibayar.Berikutan keengganan Ketengah membuat pembayaran akhir itu, pihaknya membawa tuntutan tersebut untuk ditimbang tara oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) pada 1987 melalui Tetuan Bastian Vendargon. (Petikan KOSMO harini)

kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini naik antara RM1.50 dan RM2.50 kepada RM6, RM7 dan RM8 seorang mengikut pengambilan beras berbanding sebanyak RM4.50, RM5 dan RM5.50 tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Alwi Muhamad, berkata peningkatan kadar fitrah antara 33 dan 45 peratus itu selaras kenaikan pelbagai kos, termasuk sara hidup dan barangan semasa.

"Terengganu memberi tiga pilihan kadar zakat kepada umat Islam menunaikannya mengikut kadar makan individu terbabit. Jika makan beras yang berharga lebih murah, maka rendahlah kadar zakatnya dan jika makan beras mahal, mahallah kadar zakat yang wajib dibayar.Kenaikan ini berpatutan dengan kenaikan harga barangan semasa. Selepas Maidam membuat kajian pasaran beras semasa, inilah harga yang ditetapkan. Tahun ini naik sedikit kerana berdasarkan hukum dan syarak, zakat fitrah perlu dibayar mengikut harga barangan semasa," katanya

Agong terlalu unggul

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul juara kategori 100 kilometer pada Kejohanan Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 di Pantai Cherating semalam.

Tuanku Mizan yang menunggang kudanya, Magna Thor bagi mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mencatat masa 8 jam 17 minit dan 17 saat untuk menewaskan Asri Abd. Aziz di tempat kedua dengan catatan masa 8'17:55s.Pahang-Penn Endurance Challenge 2008 merupakan acara pemanas badan sebelum Kejohanan World Endurance Challenge (WEC) pada 6 hingga 9 November di Lembah Bidong, Terengganu

Ahad, Ogos 24, 2008

oooopppp Pedihnyaaa


Gosok jangan tak gosok

DAS Lawat Nahas Kapal Terbang

Juruterbang pelatih Pusat Latihan Penerbangan HM Aerospace (HMA) yang cedera parah dalam nahas pesawat terhempas di kawasan hutan Bidong Rabu lalu, selamat menjalani pembedahan di kedua belah kakinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 10 pagi, semalam. Pembedahan yang memakan masa hampir empat jam itu dianggap berjaya dan Mohd Farid Abdullah, 21, yang turut cedera di kepala dan muka itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud yang menziarahi mangsa nahas pesawat ringan dari Sungai Buloh, Selangor itu, berkata Mohd Farid masih lemah, namun keadaannya stabil.

"Doktor memberitahu keadaan Mohd Farid stabil dan Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan di kedua-dua kaki. "Saya dimaklumkan, dalam tempoh dua atau tiga hari lagi beliau akan menjalani satu lagi pembedahan di pipi berhampiran mata kirinya," katanyaibu Mohd Farid, Safiah Omar, 48, bersyukur dan gembira kerana anaknya selamat menjalani pembedahan dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang sudi meluangkan masa menziarah anak lelakinya itu.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Pengganas Global


Pisau yang menikam kalbu..hati-hati

Aziz Nikah Dengan Orang Ganu

Desas-desus pengarah filem terkenal tanah air, Aziz M Osman, 46, melangsungkan perkahwinan minggu lalu disahkan ibunya sendiri, Afida Es.

Aziz selamat diijabkabulkan dengan seorang ustazah, Noraradhirah Ramli, 22, di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusof, 52, disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Noraradhirah.

Majlis akad nikah secara ringkas itu dihadiri saudara-mara kedua-dua pengantin, termasuk adik Aziz, Zulkifli M Osman dan isteri.Mengimbas perkenalan mereka, Afida berkata, pasangan pengantin baru itu bertemu di Makkah dan hubungan mereka bersambung apabila kembali ke tanah air sehingga jodoh menyatukan mereka.Mereka kini tinggal di rumahnya bersama anak Aziz.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.