Pas tidak konsisten dengan pendirian mereka, malah dalam sesetengah kes sering bercanggah dengan slogan ciptaannya sendiri, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin.
Sambil memberi contoh, beliau berkata, dulu parti itu mengemukakan gagasan hudud qisas diikuti negara Islam dan kemudiannya negara berkebajikan, kerajaan perpaduan dan akhirnya Islam untuk semua.Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan UMNO bila mana ia tetap meneruskan agenda dan usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.
''UMNO tidak pernah terpesong daripada dasar walaupun berlaku pertukaran pucuk pimpinan parti dan negara.''Yang berubah kepada UMNO hanyalah dari segi pendekatannya yang dibuat menerusi konsep dan gagasan sesuai dengan peredaran masa bagi mencapai hasrat yang telah ditetapkan sebagai pemerintah,'' katanya.
Abdullah berkata, dari segi pendekatan sememangnya ada perubahan yang dapat dilihat daripada gagasan dan slogan sejak Perdana Menteri pertama sehinggalah sekarang, tetapi dari segi tujuannya tetap sama.
Jelas beliau, apa yang dapat dilihat soal hudud dan qisas masih samar dan begitu juga negara Islam yang gagal diperjuangkan oleh Pas kerana mendapat tentangan daripada rakan mereka sendiri dalam pakatan pembangkang.''Apa yang cuba ditonjolkan oleh Pas menerusi slogan mereka yang kononnya hebat itu sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh UMNO walaupun tidak digembar-gemburkan,'' katanya.
Isnin, Jun 01, 2009
Pas tidak konsisten dengan slogan mereka
Label:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan