Kerajaan negeri bercadang menjadikan Kampung Ladang, sebuah perkampungan tradisional di sini sebagai pusat atau hab hasil seni Terengganu terutama kraftangan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata, kerajaan negeri sememangnya sudah lama menyimpan hasrat tersebut kerana kampung itu adalah pengeluar pelbagai barangan kraf sejak beratus tahun lalu.
Katanya, jika dilihat senario semasa, Kampung Ladang mencipta nama dengan beberapa tokoh seni terutama seni pembuatan tembaga yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.
‘‘Nama seperti Manisma Kraf sinonim dengan kraf tembaga yang begitu unik dan bermutu tinggi.‘‘Kita juga seharusnya bangga apabila melihat hasil seni Terengganu terpapar di seluruh negara,’’ katanya semasa berucap merasmikan Galeri Seni Warisan Terengganu di Kampung Ladang di sini hari ini.
Selasa, Mei 05, 2009
Pasar Seni Ladang
Label:
kraf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan