Rabu, Oktober 08, 2008

Tiga Pemain Baru Serta Terengganu

TIGA pemain baru telah dikenal pasti akan mewakili Terengganu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.Difahamkan, tiga pemain terbabit yang akan membawa cabaran skuad Peteh ialah Azlan Ismail, Hafizi Awang dan Mohamad Shahrizan.
Ketiga-tiga pemain ini akan memulakan latihan bersama skuad Terengganu yang lain pada 15 Oktober ini.

Bagaimanapun Terengganu akan mula mengadakan sesi latihan pertamanya Sabtu ini dan ia hanya membabitkan 22 pemain sedia ada."Tiga pemain baru yang akan bersama Terengganu tahun depan masih belum tandatangan kontrak kerana kontrak mereka belum tamat dan dijangka 15 Oktober ini kontrak ketiga-tiga pemain itu tamat.

"Setelah tiga pemain itu menamatkan kontrak, mereka akan mula tandatangan kontrak bersama pasukan Terengganu untuk saingan Liga Malaysia yang dijadualkan bermula Januari ini," ujar presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh ketika di hubungi Kosmo! semalam.

Tambah Che Mat, Azlan yang berasal dari Kelantan akan beraksi di bahagian serangan, Shahrizan (Negeri Sambilan) di posisi pertahanan manakala Hafizi (Kelantan) tampil di posisi tengah dan sayap kiri. "Saya berharap tiga pemain baru berkenaan akan memberi komitmen sepenuhnya dengan memberikan persembahan yang terbaik bila beraksi di padang nanti," jelas Che Mat.

Dalam pada itu, skuad Terengganu dan T-Team masing-masing akan diberi peruntukan RM2 juta setahun bagi menghadapi Liga M musim 2009."Peruntukan ini adalah sebagai satu sumbangan kerajaan negeri dalam usaha membangun dan meningkatkan mutu bola sepak di Terengganu.

"Ia adalah bagi tujuan pengurusan pasukan, pembiayaan tempat penginapan dan tambang penerbangan jika pasukan bermain di luar Terengganu," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.Terengganu akan meneruskan saingan dalam saingan Liga Super sementara T-Team akan beraksi buat pertama kali pada kempen Liga Perdana.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan menyediakan sebuah bas baru yang diuruskan Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi setiap pasukan tersebut untuk membawa pemain mereka.

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.