Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta bagi mengendalikan penerbangan haji dan penerbangan Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) tahun ini.
Peruntukan tersebut bagi membiayai lebihan kos bagi pengendalian haji terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Jeddah pada 13 November dan WEC pada 17 Oktober ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kos-kos tersebut terpaksa ditanggung oleh Malaysia Airlines System (MAS) akibat perubahan operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke LTSM."Antaranya ialah jarak perjalanan yang melibatkan kos minyak, kos pengangkutan untuk membawa peralatan-peralatan
servis pendaratan (GSE) untuk keperluan pendaratan pesawat Boeing 747- 400 dari KLIA ke LTSM dan kos pergerakan kakitangan dan keperluan logistik MAS yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani persetujuan peruntukan pengendalian operasi haji 2008 dari LTSM ke Jeddah antara kerajaan negeri Terengganu dan MAS Berhad serta sambutan pendaratan pertama pesawat B 747-400 di Terminal LTSM di sini hari ini.
Turut hadir Penolong Pengurus Besar Haji dan Sewaan Khas, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussein; Pengurus Besar Kanan Hubungan Luar, Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang bagi pihak MAS Berhad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Adzlan Mohd Dagang bagi pihak kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Ahmad turut mengumumkan sembilan penerbangan terus yang bakal membawa lebih 3,000 jemaah haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang."Buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini, para jemaah haji dibawa terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah dan paling membanggakan kapten yang terlibat membawa pesawat B 747-400, Datuk Kapten Mohd. Nawawi merupakan anak jati negeri ini," katanya.
Sementara itu, seramai 224 penumpang termasuk kumpulan media dan 40 anak-anak yatim dari Terengganu menaiki penerbangan sulung pesawat B747-400 yang berlepas dari KLIA ke LTSM kira-kira pukul 2 petang.
Ahad, Oktober 12, 2008
Sejarah Tercipta - Terus Ke Mekah & Boing 747 Mendarat
Label:
Penerbangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan