"Saya ingatkan Hari Raya tahun ini kami tidak akan bergelap lagi. Rupa-rupanya tidak"
Itu luahan kecewa Mamat Abdullah, 61, yang masih hidup bergelap sejak enam tahun lalu kerana rumahnya di Kampung Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus dekat sini masih belum menerima bekalan elektrik.
Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan keperitan hidup Mamat yang terpaksa menghadapi masalah itu hingga terpaksa bercerai dengan dua isterinya terdahulu.Ini kerana mereka tidak sanggup hidup bergelap dengan Mamat tambahan rumahnya yang agak terpencil di kampung itu.
Menurut Mamat, setiap tahun anak, menantu dan cucunya akan pulang menyambut Lebaran di rumahnya itu biarpun dalam keadaan tidak selesa."Saya tahu mereka semua tidak selesa sebab saya sendiri yang sudah biasa tinggal di rumah ini juga merasa tidak selesa tetapi apakan daya ini ialah kediaman saya," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.
Apa yang membuatnya sedih, katanya, apabila cucu-cucunya yang masih kecil menangis dan tidak dapat tidur pada waktu malam kerana panas dan takut gelap.Dalam pada itu, katanya, isterinya sekarang, Midah Hitam, 60, yang dikahwininya sejak hujung tahun lalu sudah mula membiasakan diri tinggal di situ sejak awal Ramadan lalu.
Selasa, Oktober 07, 2008
Ingat Dah Selesai ?
Label:
bantuan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan