Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang tanpa bertanding Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu apabila semua 103 cawangan sebulat suara mencalonkannya mempertahankan jawatan itu.
Bagaimanapun, jawatan timbalan ketua yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi dan bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh akan diputuskan perwakilan pada mesyuarat bahagian, Oktober ini.
Selepas 103 cawangan bahagian Kuala Terengganu menamatkan mesyuarat minggu lalu, Mohd Sabri mendapat 70 pencalonan, manakala penyandang jawatan, Che Mat hanya memperoleh 33 pencalonan.
Selain jawatan itu, jawatan naib ketua Umno bahagian juga dijangka menarik apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Walaupun tiga dicalonkan bertanding naib ketua, seorang calon iaitu Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Datuk Ariffin Rahmat, tidak layak kerana memperoleh satu pencalonan.
Calon yang layak bertanding jawatan itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu (43 pencalonan) dan penyandang jawatan, Hamzah Mohd Zain (26 pencalonan).
Rabu, September 03, 2008
Wan Farid Kekal
Label:
politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan