Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengingatkan rakyat di negeri itu agar terus menghayati semangat kemerdekaan bagi membolehkan mereka menjiwai erti sebenar sebuah kemerdekaan sejati.
Beliau berkata, sambutan hari kemerdekaan bukan hanya sekadar sambutan tetapi ia menuntut rakyat terus mengisi kemerdekaan agar dapat dipertahankan untuk selama-lamanya.
''Pengisian sebuah kemerdekaan bukan sahaja menuntut rakyat membina dan melahir idea-idea baru dalam memajukan negara dan negeri malah mahu memastikan rakyat terus bekerja lebih gigih untuk kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
''Jadikan sambutan kali ini sebagai suatu usaha kita untuk meneguhkan perpaduan sesama sendiri selain memastikan negara terus cemerlang dan gemilang," katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan 2008 peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.
Ini kali pertama dalam sejarah Terengganu Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di luar daerah Kuala Terengganu.Terdahulu, Ahmad mengetuai lebih 10,000 rakyat melaungkan 'merdeka' sebanyak tiga kali sebaik Jalur Gemilang dikibarkan pada sambutan tersebut.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, dalam mengisi kemerdekaan rakyat juga seharusnya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan kemunduran yang menghantui kehidupan sebelum ini.
Katanya, kemerdekaan tidak akan bererti jika pemikiran dan kehidupan masih berada pada takuk lama.Mulai tahun ini katanya, kerajaan negeri akan mengadakan perayaan tersebut di luar daerah bagi memastikan pelbagai lapisan rakyat segenap negeri menyambutnya.
Isnin, September 01, 2008
Sambutan Merdeka Meriah
Label:
merdeka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan