Seramai 25 kanak-kanak yang belajar di Pintar Quran Kampung Tok Has, Jerteh menyertai majlis khatam al-Quran dalam satu majlis petang kelmarin.Majlis anjuran Jawatankuasa Pintar Quran Tok Has dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Upacara itu diserikan dengan penyediaan pulut kuning yang dihiasi bunga telur berwarna-warni yang menjadi sebahagian daripada acara tradisi masyarakat Islam tempatan. Pintar Quran Kampung Tok Has merupakan antara pusat pembelajaran al-Quran sistematik yang pertama diwujudkan di daerah Besut pada akhir 1990-an dalam usaha membudayakan al-Quran di kalangan generasi muda khususnya kanak-kanak.
Dalam ucapannya, Idris menggesa ibu bapa menggalakkan anak mereka supaya menghayati pembacaan al-Quran dan menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan.Katanya, usaha Yayasan Islam Terengganu yang berjaya menggalakkan ramai kanak-kanak dan pelajar tadika khatam al-Quran sejak dua tahun lalu amat membanggakan dan ia perlu diteruskan.
Khamis, September 04, 2008
Pintar AlQuran
Label:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan