Jumaat, September 05, 2008

Kilang Plywood Ditutup

Kira-kira 140 pekerja sebuah kilang papan lapis di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah di sini hilang punca mata pencarian apabila kilang berkenaan ditutup akibat mengalami kerugian teruk mulai esok.Tinjauan di kilang berkenaan mendapati para pekerja berkenaan kecewa kilang berkenaan ditutup ketika mereka memerlukan pendapatan berkenaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka meminta kerajaan negeri campur tangan untuk membuka semula kilang berkenaan kerana ia dimiliki oleh Permint Plywood Sdn. Bhd. anak syarikat kepada syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad tetapi disewa oleh Rapidskill Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, pemilik Rapidskill Sdn. Bhd., Chow Kwee Chai berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan menutup kilang berkenaan selepas beroperasi lebih daripada dua tahun kerana mengalami kerugian lebih daripada RM5 juta.

Beliau menambah, syarikatnya mengalami kerugian berkenaan selepas gagal mendapat bekalan kayu yang mencukupi untuk membolehkannya beroperasi. ''Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada Permint Plywood Sdn. Bhd. melalui surat rasmi dan kontrak antara Rapidskill dan Permint Plywood akan dibincangkan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika ditemui.

Salah seorang pekerja, Jusoh Abdullah, 47, ketika ditemui berkata, kilang berkenaan merupakan punca pendapatannya untuk menyara keluarga.''Saya sudah bekerja di sini lebih daripada 20 tahun termasuk apabila Rapidskill Sdn. Bhd. menyewa kilang ini dua tahun lalu. Bagaimana saya hendak cari pekerjaan lain," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Jusoh berkata, walaupun mereka akan menerima gaji bulan ini dan pampasan pemberhentian kerja namun bagaimana dia dalam tempoh jangka panjang untuk menyara keluarganya.Seorang lagi pekerja, Noriah Aziz, 40, berkata, mereka telah menerima notis pemberhentian kerja pada 20 Ogos lalu kerana kilang mengalami masalah kewangan akibat kerugian.''Syarikat juga berjanji akan membayar gaji bulan termasuk pampasan kerana pemberhentian itu," ujarnya.

Rakannya, Zaimah Zakaria, 48, berkata, mereka juga masih belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut Aidilfitri kerana gaji mereka sebanyak RM18 sehari hanya cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.''Duit simpanan kami pun dalam jumlah yang kecil, bagaimana kami nak sambut hari raya yang tidak lama lagi," ujarnya yang bekerja di kilang berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Wanita yang mempunyai tiga orang anak itu berharap kilang berkenaan akan dibuka semula bagi membolehkan mereka bekerja.''Jika kerajaan negeri membantu dalam hal ini, mungkin kami akan dapat bekerja semula nanti," katanya.

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.