Senarai akhir 12 pelumba ke Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 di Lembah Bidong, Setiu akan diputuskan pada 1 Oktober ini.Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, setakat ini 16 pelumba telah layak ke kejohanan yang akan bermula 6-9 November itu.
Skuad negara akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada perlumbaan sejauh 160 kilometer itu."Peserta akan menjalani latihan pusat pada 15 Oktober ini di mana selain aspek fizikal dan mental, pelumba-pelumba ini juga akan disemai dengan semangat berpasukan," katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, Tuanku Mizan berkenan melancarkan buku biografi, Cabaran Endurance Piala Sultan Terengganu 2007, semalam.Penerbitan biografi itu yang pertama kali dilakukan dilihat mampu untuk memberi kesan besar kepada komuniti ekuestrian di negara ini.
Buku tersebut yang telah diterbitkan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) itu bertujuan mengimbas kembali kejayaan penganjuran Cabaran Endurance Piala Sultan Terengganu tahun lalu.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Pengerusi Yayasan Diraja Sultan Mizan, Datuk Seri Dr. Salleh Mohd. Nor.
Selasa, September 09, 2008
Agong ketuai Kejohanan Kuda Lasak Dunia
Label:
sukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan