Kolej Universiti Tati (TatiUC) menjalin kerjasama dengan Kuka Robot Automation (M) Sdn Bhd (Kuka), sebuah syarikat robotik terkemuka dunia untuk membangunkan dan meningkatkan kepakaran bidang teknologi robotik, kejuruteraan pembuatan dan kejuruteraan kimia.
Rektornya, Dr Mohd Rozailan Mamat, berkata kerjasama dengan Kuka dibuat berdasarkan pengalaman luas syarikat berkenaan dalam industri robotik serta sebagai pengeluar komponen industri automasi bagi merealisasikan hasrat menjadikan TatiUC antara pusat robotik terkemuka rantau ini.
Beliau berkata, melalui jalinan kerjasama itu, pemindahan teknologi dalam bidang industri robotik dapat dilakukan dari semasa ke semasa, selain tenaga pengajar dan pelajar didedahkan teknologi terkini berkaitan bidang berkenaan.
"Di samping itu, Kuka juga akan membantu TatiUC dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri robotik. Kerjasama ini selaras perancangan TatiUC menawarkan program ijazah dalam bidang robotik, kejuruteraan automotif dan polimer menjelang 2010 nanti.
"Ini juga antara langkah untuk TatiUC meningkatkan kualiti pendidikan sejajar hasrat menjadi kolej universiti terbaik di negara ini yang serba lengkap dengan kemudahan pembelajaran terkini," katanya pada majlis pelancaran bangunan akademik TatiUC oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di sini.
Isnin, Ogos 11, 2008
Robotik di TATiUC
Label:
pendidikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan