Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) melibatkan 17 pakej sepanjang 187 kilometer dengan kos keseluruhan RM2.97 bilion yang dibiayai Kerajaan Pusat.
Daripada jumlah itu, Pakej 1A melibatkan kos RM47 juta yang dijangka siap pada September 2009 , pakej 1B dengan kos RM40.7 juta (Januari 2010) dan pakej 1C sebanyak RM90.7 juta (Julai 2010).
Manakala Pakej 2 (RM191 juta) dijangka siap pada 26 Februari tahun depan, Pakej 3 sebanyak RM169 juta (Disember 2009).
Wakil BN-Pengkalan Berangan, YB Yahya Khatib Mohamad berkata Pakej 4 melibatkan RM64 juta (Disember 2009), Pakej 5A sebanyak RM148 juta (Oktober 2009) dan Pakej 5B pula RM68 juta yang dijangka siap pada Mei 2009.
“Pakej 6 sebanyak RM85 juta jangka siap November 2009, pakej 7 melibatkan kos RM144.5 juta dijangka siap pada Ogos 2009 dan Pakej 8 pula melibatkan kos RM13 juta yang dijangka siap pada Jun 2009,” kata beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri sebagai menjawab soalan Wakil Pas-Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut.
Pakej 9A melibatkan kos RM168 juta (Oktober 2009), Pakej 9B sebanyak RM59 juta (Jun 2009), Pakej 9C sebanyak RM90 juta (Ogos 2009), Pakej 11 melibatkan RM57 juta (hampir siap) dan pakej 12 melibatkan kos RM38 juta (akhir tahun ini).
Khamis, Ogos 14, 2008
Lebuhraya LPT Siap Julai 2010
Label:
lebuhraya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan