Dalam usaha menyelesaikan masalah beg berat selain melahirkan penuntut cemerlang, Kerajaan Negeri bercadang membekalkan komputer riba berharga RM500 seunit kepada semua pelajar sekolah di Terengganu .
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata cadangan membekalkan komputer riba kepada pelajar sekolah rendah dan menengah adalah pratikal buat masa sekarang bagi mengatasi masalah beg berat pelajar sekolah .
Katanya, komputer riba yang bakal dibekalkan menggunakan perisian khas atau CD-Rom interaktif dari Kementerian Pelajaran yang dimuatkan perisian mata pelajaran seharian.
"Melalui cara cara itu, pembelajaran akan lebih menarik dan mampu mencapai objektif melahirkan pelajar cemerlang," katanya. Dato’ Ahmad berkata, ketika ini terdapat banyak perisian pelbagai mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan menengah yang boleh menjadi bahan pembelajaran lebih baik untuk melahirkan pelajar cemerlang
Ahad, Ogos 17, 2008
Komputer Riba Interaktif Untuk Pelajar
Label:
pendidikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan