Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, bersedia memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyong, kedua-duanya di Kuala Terengganu.
Idris yang juga Pengerusi Mara ketika ditemui pada majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam, berkata tiada apa yang perlu beliau sembunyikan berhubung kedua-dua projek berkenaan. “Tiada perkara yang perlu disembunyikan (mengenai projek TTI dan penganjuran kejohanan Piala Monsun),” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kedua-dua projek itu yang kini disiasat BPR selepas dibangkitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, sebelum ini.
Isnin, Ogos 18, 2008
Idris sedia beri keterangan
Label:
integriti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan