Buat pertama kali Terengganu akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-51 peringkat negeri ini di luar daerah dan Kemaman dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sambutan kali ini diadakan di luar Kuala Terengganu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk ‘merakyatkan’ setiap program berkenaan.
Beliau menambah, langkah itu juga bertujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat supaya dapat sama-sama menyertai aktiviti peringkat negeri dan tidak hanya tertumpu di Kuala Terengganu sahaja.
Katanya, pada tahun ini Kemaman dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan dan kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan sambutan perayaan itu secara bergilir-gilir di setiap daerah.‘‘Sambutan pada tahun ini diadakan secara berhemah tetapi tetap meriah.
‘‘Buat pertama kalinya juga perarakan sambutan pada tahun ini turut disertai sebanyak 119 pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Kemaman,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Sabtu, Ogos 16, 2008
Hari Merdeka di Kemaman
Label:
merdeka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan