Walaupun bangga diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada majlis perasmian temasya Sukan Olimpik XXIX hari ini, namun perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang .
Jaguh pecut lumba basikal negara berusia 20 tahun itu teruja apabila bakal mengetuai perarakan kontinjen negara seramai 33 atlet dan 29 pegawai masuk ke Stadium Nasional.
Azizulhasni, pelumba kelahiran Terengganu akan menyertai tiga acara iaitu pecut 200 individu, keirin bersama Josiah Ng dan acara berpasukan bersama Josiah dan Muhd. Rizal Tisin mulai 15 Ogos ini.
Pelumba muda itu pernah menduduki tempat kelapan acara pecut pada Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, England, dengan catatan 10.16 saat, sekali gus memecahkan rekod Asia.
Jumaat, Ogos 08, 2008
Azizulhasni rasa bangga
Label:
sukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan