Sabtu, Ogos 02, 2008

APA KABAR TOK MUN

Bekas calon Bebas rindu cucu, cicit

MENJADI calon Bebas tertua bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, Maimun Yusof, 89, atau Tok Mun tetap bersemangat walaupun kalah dan hanya berjaya menjadi calon selepas 20 tahun mencuba. Semangat kental Tok Mun sangat mengagumkan. Wartawan, Shaarani Ismail menjejaki Tok Mun di kediamannya di Kampung Pengadang Akar bagi meninjau kehidupannya.

BAGAIMANA kehidupan Tok Mun sekarang, selepas tidak berjaya pada pilihan raya lalu?

Kehidupan Tok masih sama seperti dulu. Tok masih lagi meneruskan kerja menjual kain kepada pelanggan biasa Tok di sekitar daerah Kuala Terengganu, terutama di kawasan Batu, Buruk, Panji Alam dan Cabang Tiga. Biasanya Tok berkayuh (berbasikal) bermula jam 10 pagi hingga ke tengah hari dan selepas itu Tok akan baik ke rumah dan ke surau.

Anak datang bertanya khabar?

Anak Tok hanya seorang dan biasanya kami berkumpul hanya ketika hari raya. Dia sudah berkeluarga, malah anak pun sudah besar. Tok biasa tinggal seorang sejak berpisah dengan suami 54 tahun lalu. Cuma kebelakangan ini selepas orang ramai kenal Tok sebab Tok bertanding pada pilihan raya, ramai orang datang. Ramai juga cuba menipu hingga Tok jadi takut nak keluar rumah dan menjawab telefon. Sekarang, keadaan sudah macam biasa.

Tok harap sangat anak bersama tujuh cucu dan 19 cicit Tok datang menjenguk Tok menjelang puasa dan hari raya nanti. Rindu Tok nak tengok telatah anak cucu Tok memenuhkan rumah Tok yang kosong ini. Sekarang ini hanya si Simpul (kucing kesayangannya) yang menjadi teman Tok.

Dulu, masa Tok nak bertanding, anak Tok memang tak benarkan dan marahkan Tok sebab nak bertanding juga.
Bagaimana perasaan Tok selepas gagal pada pilihan raya lalu?

Nak kata sedih, perkara menang, kalah memang adat pertandingan. Cuma, Tok rasa tak puas hati sikit sebab Tok sepatutnya boleh menggunakan lambang istana pada pilihan raya lalu. Tetapi, pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tak benarkan dan mereka minta Tok gunakan lambang kunci. Tok rasa punca kekalahan Tok adalah disebabkan Tok guna lambang tak betul.

Lagipun, Tok bertanding dulu sebab Tok nak bela masyarakat kerana parti politik yang ada sekarang ini banyak yang tak berapa betul. Tok sedih juga tak menang sebab Tok nak sangat membela rakyat.

Banyak benda Tok nak cakap. Pasal sekolah, pasal Islam dan pembangunan. Kalau Tok menang hari itu, sekolah yang ada sekarang boleh jadi lagi cantik. Baru budak seronok nak belajar. Jambatan, jalan, bangunan kerajaan semua boleh buat bagi lagi cantik. Tok bukan bertanding sebab nak terkenal, tapi Tok kasihan rakyat hidup dalam serba-serbi tak betul. Tok nak ubah semua itu walaupun Tok tak pandai baca, Tok boleh upah orang kerja untuk Tok. Yang penting Tok ubah benda yang tak betul. Tapi nak buat macam mana, Tok tak menang pun. Tak bolehlah buat apa-apa.

Selepas pilihan raya berakhir, masih ada hutang Tok belum selesai?

Setakat ini, semua perbelanjaan berkempen Tok gunakan duit simpanan Tok sendiri. Nak kata berhutang, rasanya tidak. Sebenarnya Tok yang banyak kena tipu.

Maklumlah Tok ini tak sekolah dan sudah tua, jadi ramai yang ambil kesempatan masa kononnya hendak membantu Tok menguruskan kempen masa pilihan raya dulu. Tapi bagaimanapun, Tok memang malas nak buat laporan, nanti orang cakap Tok jahat. Biarlah Tuhan saja membalas.

Sekarang Tok masih menggunakan basikal untuk bergerak ke mana-mana atau sudah memiliki kenderaan lain?

Ketika ini basikal buruk itulah yang menjadi pembantu Tok untuk bergerak. Tak terfikir pun nak beli kenderaan lain sebab tak ada keperluan dan Tok takut kena tipu lagi.

Walaupun usia Tok mencecah usia 90 tahun, bagaimana Tok boleh berbasikal sejauh lima hingga 10 kilometer sehari menjual kain?


Tidak ada petua khusus nak kekal kesihatan badan. Tok menjaga makan dan minum dan makan ulam. Tok juga makan jamu. Mungkin sebab Tok sentiasa berkayuh setiap hari dan badan Tok sentiasa berpeluh menyebabkan sampai hari ini, Tok rasa sentiasa sihat.

Yang paling penting Tok akan pastikan badan Tok berpeluh setiap hari bagi memastikan badan sentiasa sihat dan perjalanan darah berjalan lancar.

Apa pandangan Tok mengenai keadaan politik semasa, termasuk apa yang berlaku antara Umno dan Pas?

Bagi Tok suasana politik sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Tok bukan ahli politik dan bukan minat sangat politik. Dari muda lagi Tok tak pernah sokong mana-mana parti pun. Tapi, Tok ikuti juga perkembangan politik sekarang. Parti politik yang ada sekarang banyak sangat silap, kena bagi betul. Banyak membazir, cakap tak serupa bikin. Macam cadangan untuk Pas dan Umno buat satu parti baru yang Tok dengar dalam berita, bagi Tok perkara itu mustahil untuk berlaku kerana Umno dan Pas macam minyak dengan air, tak boleh bergabung dan kalau bergabung juga perkara itu hanya akan merosakkan lagi keadaan. Pas ada perjuangan sendiri, begitu juga Umno, masing-masing ada perjuangan sendiri. Bagi Tok teruskanlah perjuangan masing-masing.

Tiada ulasan:

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.