Siapa sangka kawasan seluas 60 hektar yang dahulunya terbiar kini bertukar menjadi sebuah ladang kambing. Ternakan baka-baka tempatan yang 90 peratus untuk pasaran negara itu sekali gus akan menjadikan pengusahanya bakal jutawan.
Sebelum dibangunkan, kawasan yang terletak 60 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu ini dipenuhi semak-samun yang tidak memberi faedah kepada masyarakat setempat.
Namun, hasil usaha Zainudin Zakaria, 50-an, yang menganggap ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan hasil yang cepat, kawasan itu bertukar menjadi ladang kambing dalam tempoh lapan tahun sahaja.
Melalui syarikatnya, Cosmopal Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada November 2000, Zainudin kini merupakan satu-satu pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka terbesar di kawasan Pantai Timur.(petikan Utusan Malaysia)
Rabu, Julai 09, 2008
JUTAWAN KAMBING
Label:
perternakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan