Khamis, Ogos 21, 2008

Pengganas Antarabangsa


Ini pengganas yang memulakan perang Teluk dan sekarang ni sedang ugut nak serang Iran pulak.

Islam Hadhari menepati Alquran & Sunnah

Umat Islam digesa berusaha memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran dan mengamalkan ajarannya jika ingin maju dan mengecapi kegemilangan seperti umat Islam terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata konsep Islam Hadhari sememangnya menepati ciri digariskan al-Quran dan sunnah serta konsisten dalam hal membina tamadun.

"Dasar Ekonomi Baru, Dasar Belia, Dasar Kependudukan, Dasar Sains dan Teknologi, semuanya dilaksanakan bagi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selari dengan ajaran Islam yang menuntut kita berbuat baik kepada rakan bukan seagama yang tidak mendatangkan ancaman kepada umat Islam.

"Malah, dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai Islam juga menjelaskan betapa kerajaan amat prihatin terhadap hal pentadbiran yang berkesan," katanya merasmikan Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, di sini, kelmarin.

Juruterbang Terbunuh

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, setelah mendapat laporan kira-kira jam 5 petang, operasi mencari terus dilakukan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pengusaha kuari.

Dua juruterbang pelatih yang hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pagi ini.Seorang daripadanya terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila ditemui dilokasi pesawat mereka terhempas berhampiran ladang rakyat, Lembah Bidong, Setiu kira-kira pukul 8 pagi ini.

Pesawat ringan jenis Diamon 40 Maha 443 dinaiki Mohd Farid Abdullah, 21, dan Mohd Arif Ahmad Fuad, 21, dipercayai terhempas setelah saksi mendakwa melihat pesawat tersebut berlegar-legar setinggi 40 kaki dari aras bumi di tiga kawasan tersebut.

RM46j duit raya untuk rakyat daif

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu.

Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
"Bantuan akan mula diagihkan pada minggu pertama Ramadan ini dan akan diberi secara berperingkat-peringkat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.Beliau memberitahu, bagi golongan miskin melibatkan 90,490 penerima dan setiap keluarga akan menerima RM300, bagaimanapun jika keluarga berkenaan mempunyai lebih lima orang anak, mereka akan menerima RM500.

Menurutnya, bilangan warga emas yang layak menerima bantuan itu adalah 30,177 orang manakala orang kurang upaya (10,377 orang) dan ibu tunggal (20,157 orang) dengan masing-masing akan menerima RM200.''Wang ini adalah bantuan khas untuk membantu golongan ini membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," ujarnya

Rabu, Ogos 20, 2008

Keluar terbaru Nokia Tahan Air


Inilah keluaran terbaru Nokio 9550 waterpruff direka khas untuk pelanggannya yang tidak mengguna jalan raya atau lebuhraya. Keluaran terbaru ini amat sesuai kepada nelayan, pelaut, perenang & lanun untuk berkomunikasi dengan yang berada di darat.

Empat Ketua Bahagian di cabar

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Said mengesahkan empat daripada lapan Ketua Umno peringkat bahagian di negeri ini dicabar pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu serta melepasi kuota pencalonan pada pemilihan pada peringkat cawangan belum pasti terpilih memenangi jawatan pada pemilihan yang akan diadakan di peringkat bahagian.
Empat bahagian yang menyaksikan pertandingan ketua bahagian ialah Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.

Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang menawarkan diri mengekalkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian akan dicabar Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, manakala bekas Setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid yang turut menawarkan diri mengekalkan jawatan timbalan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Rahman Bakar yang menawarkan diri mengekalkan jawatan di bahagian Marang akan dicabar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman akan mencabar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang menawarkan diri mengekalkan jawatan Ketua Umno bahagian itu pada pemilihan pada peringkat bahagian.
Di bahagian Setiu, Ahli Parlimennya, Datuk Mohd Jidin Shafie yang menawarkan diri mengekalkan jawatan ketua akan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali

manakala Senator Datuk Rosli Mat Hassan dicabar Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam.
Semua calon yang menawarkan diri bertanding sudah melepasi kouta pertandingan apabila mereka mendapat pencalonan pada mesyuarat yang diadakan di peringkat cawangan. Bagaimanapun, tiada pertandingan untuk jawatan ketua di Umno Bahagian Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

Agong Raikan Peserta Tilawah

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan meraikan para peserta dan juri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong di sini.

Seri Paduka yang diiringi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tiba di Restoran Ulik Mayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Majlis tersebut meraikan sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah tersebut.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.