Terengganu berpotensi muncul sebagai hab pengeluar madu lebah terbaik negara ini apabila kegiatan mengumpul madu lebah paling berkualiti yang dikesan dari Hutan Simpan Merchang, Marang akan dikawal selia oleh satu badan khas.
Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda selaku Pengerusi YDSM diberi penerangan mengenai projek madu lebah berkenaan oleh Dato’ Prof Dr Makhdzir sebelum baginda berangkat bersama tetamu kenamaan untuk menyaksikan demontrasi pengambilan itu.
Jika sebelum ini lebih 120 pemungut madu lebah tualang menjalankan kegiatan tradsional itu secara bebas dan tanpa kawalan, kini mereka didaftar serta dikawal selia menerusi Koperasi Pemungut Madu Lebah Terengganu (Kopemat) Berhad sejak Mei lalu.
Kopemat menjalankan aktiviti dan menyelaras kegiatan ahlinya melalui pembiayaan dan kerjasama dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). YDSM berperanan menyumbang ke arah usaha peningkatan taraf sosio ekonomi masyarakat tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan