Pada hari Sabtu ini, Stadium Sultan Mizan yang baru siap akan dibanjiri penyokong bolasepak untuk menyaksi Terengganu lawan Kedah separuh akhir Piala Malaysia.Dijangka puluhan ribu peminat dipelusuk daerah akan memberi sokongan kepada pasukan Terengganu.
Oleh itu diminta pihak yang menguruskan stadium ini dapat membersih kerusi kerana keadaan kerusi terlalu kotor. Begitu juga di surau, dahlah kotor tanda kiblat terlindung Sepatutnya di letak disiling tapi ditanda dilantai yang menyebabkan orang tidak perasaan.
Malam ini Gol Terengganu dibocori sebanyak 3 kali pemain Kedah. Nampaknya Terengganu terpaksa bekerja keras untuk menunduk Kedah dengan 4 - 0 pada hari Sabtu ini.
Rabu, Ogos 13, 2008
Kerusi di Stadium Sultan Mizan kotorrrr
Label:
kebersihan
Tilawah Alquran Antarabangsa di Pulau Wan Man
Persiapan Majlis Tilawah Alquran Peringkat antarabangsa yang ke 50 sedang giat dijalankan. Astaka tempat membaca AlQuran telah dihiasi dengan gua Hirak, campuran masjid-masjid seperti Masjid Algeria, Masjid Nabawi & Senibina Terengganu. .
Astaka ini menunjukkan kedatangan islam ke Terengganu bermula Rasulluallah menerima wahyu pertama di gua Hirak hingga ke penemuan batu bersurat di Hulu Terengganu. Ini kali pertama Tilawah peringkat Antarabangsa di luar Kuala Lumpur
Tilawah ini akan diada pada 18 - 25 Ogos 2008 di Pulau Wan Man dimana terletak Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam. Majlis Perasmian Pembukaan & Penutup akan di lakukan Yang Di Pertuan Agong.
Label:
tilawah
Langgan:
Catatan (Atom)