Khamis, April 30, 2009

Pemuda UMNO buat laporan terhadap artikel laman blog

Pemuda UMNO Bahagian Kemaman membuat laporan polis berhubung satu artikel dalam sebuah laman blog yang memburukkan kepimpinan parti.Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangannya, Halim Sulong di Balai Polis Kemaman pada pukul 10.30 pagi.

Halim berkata, Pemuda UMNO Kemaman meminta pihak berkuasa membuat penyiasatan terperinci berhubung artikel tersebut yang turut menghina Istana Terengganu.''Mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman setimpal kerana artikel itu berbau hasutan,''' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes itu kini dalam siasatan polis.

Rabu, April 29, 2009

16 unit CCTV pantau kes jenayah Hulu Terengganu

RM10j bangunkan kemudahan demi keselamatan rakyat

KUALA BERANG: Hulu Terengganu menjadi daerah pertama di negeri ini yang memulakan operasi pemantauan keselamatan dan jenayah menggunakan 16 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di bawah pengawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata walaupun kadar jenayah dan ketenteraman awam di Hulu Terengganu terutama di bandar ini terkawal, aplikasi sistem keselamatan menggunakan CCTV akan menguatkan keyakinan bahawa bandar mereka adalah selamat.

"Selain Hulu Terengganu, daerah Marang, Besut dan Setiu sudah dipasang dengan kemudahan itu tetapi masih belum beroperasi sepenuhnya, manakala Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun sedang dalam proses menyiapkan dan akan beroperasi tidak lama lagi.

"Kerajaan memperuntukkan lebih RM10 juta bagi menyediakan kemudahan ini di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa dipantau dan sebagai usaha yang lebih proaktif dalam mencegah dan membanteras jenayah," katanya selepas merasmikan CCTV MDHT di perkarangan pejabat MDHT di sini, kelmarin.

Selasa, April 28, 2009

Polis tunggu pemeriksaan komputer

Polis sedang menunggu laporan pemeriksaan ke atas telefon bimbit dan komputer riba yang dikatakan digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, polis masih belum menerima laporan berhubung pemeriksaan ke atas komputer riba yang dirampas daripada kerani syarikat swasta yang ditahan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, laporan pemeriksaan ke atas telefon bimbit yang diserahkan oleh individu yang dikatakan terlibat dalam kes itu juga masih belum diterima.

''Siasatan masih dijalankan berhubung kes ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes tiga ADUN menerima SMS berbaur ancaman.

Seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun yang ditahan Isnin lepas berhubung kes penghantaran SMS berbaur ugutan kepada tiga Ahli ADUN Barisan Nasional (BN) itu telah dibebaskan kelmarin.

Lelaki tersebut ditahan kerana dipercayai menghantar SMS kepada ADUN berkenaan iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) mendakwa menerima SMS itu pada 13 April lalu.

Manoharan berkata, setakat ini, tiada tangkapan terbaru dibuat berhubung kes berkenaan.Beliau meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi berhubung mereka yang terlibat dalam kes itu.

''Kes ini sangat sensitif kerana ia melibatkan orang kenamaan.''Jangan membuat andaian yang boleh memalukan orang yang mungkin tidak terlibat dalam kes ini," katanya.

'Jika gagal, gantilah saya'

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said rela melepaskan jawatannya jika rakyat mendapati beliau gagal menjalankan tugas.Katanya, hanya rakyat yang layak memberi penilaian sama ada beliau berjaya atau gagal mentadbir negeri ini.

Jika rakyat berasakan beliau gagal menjalankan tugas yang diberikan, maka katanya, mereka berhak menggantikan beliau dengan pemimpin lain.''Sama ada rakyat masih mahukan saya memimpin mereka atau sebaliknya, terserah. Jika saya gagal, gantilah saya.

"Tetapi untuk masa yang singkat ini berilah saya peluang membuktikan keikhlasan dan kesungguhan memperjuangkan nasib rakyat.''Jangan diletak halangan di hadapan saya yang bertujuan menggagalkan saya. Jika kita semua berjiwa besar dan ikhlas dalam perjuangan, bantulah saya untuk memakmurkan rakyat dan negeri," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kemudahan sistem televisyen litar tertutup tanpa wayar di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Isu mengenai kedudukan Ahmad sebagai Menteri Besar timbul berikutan tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Mereka bertindak demikian atas alasan bimbang keselamatan masing-masing berikutan penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) berbau ancaman kepada Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Ditanya kenapa beliau mendiamkan diri sejak isu tersebut timbul, Ahmad menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan serta menambah kekeliruan rakyat terhadap kemelut yang berlaku.

''Elok saya berdiam diri dan kini kebenaran telah mula terungkai. Kita perlu ikhlas dalam perjuangan. Rakyat menjadi hakim dan kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan oleh rakyat menggambarkan sentimen mereka," ujarnya.

Ahmad mengaku kemelut yang berlarutan sejak beliau dilantik menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini adalah merupakan sejarah hitam dalam perjuangan UMNO di Terengganu.

Katanya, perasaan semua ahli UMNO seharusnya dijaga dan yang lebih penting ialah perasaan rakyat yang sekian lama menaruh harapan kepada UMNO untuk membela mereka.

''Kepada ahli UMNO, pilihlah jalan yang benar dan berbaik kerana kita sekarang bukan hanya berhadapan parti lawan tetapi kerenah dalaman yang akan membuat rakyat hilang kepercayaan kepada parti.

Isnin, April 27, 2009

Kes tuntutan mutaah RM2j disebut 21 Jun

Perbicaraan tuntutan mutaah Azizah Ali, 47, sebanyak RM2 juta daripada bekas suaminya seorang pemilik syarikat perunding kejuruteraan awam di bandar raya ini akan disambung pada 21 Jun depan selepas kes itu disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail menetapkan tarikh itu bagi mendengar keterangan lanjutan daripada plaintif berhubung tuntutannya bahawa bekas suaminya, Abdullah Ismail, 51, mempunyai kemampuan kewangan untuk memberikan sagu hati daripada harta sepencarian mereka.

Peguam plaintif, Amli Embong ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pasangan itu berkahwin pada 1981 dan bercerai pada 2006, mempunyai lapan anak berumur tujuh hingga 26 tahun.

Amli berkata, dalam perbicaraan semalam, Azizah menyatakan asas tuntutan dan mengemukakan bukti bagi menunjukkan bekas suaminya mampu menjelaskan tuntutannya itu.

Siasatan dianggap selesai, polis nafi cari Setiausaha Politik bekas MB - Suspek hantar SMS ugut bunuh tiga Adun dibebas

Seorang kerani syarikat swasta yang ditahan berhubung penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu, baru-baru ini, dibebaskan kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata lelaki berusia 31 tahun yang ditahan di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 April lalu, dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tujuh hari.
"Suspek yang berasal dari Johor dibebaskan selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan kes ini," katanya, di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sebelum ini direman selama empat hari dan dilanjutkan tiga hari lagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Buat masa sekarang, siasatan terhadap suspek dianggap selesai," katanya sambil menjelaskan polis akan meneruskan siasatan hingga kes itu selesai.

Mengulas lanjut, Manoharan turut meminta kerjasama pelbagai pihak termasuk orang ramai dan media agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Pada pada 14 April lalu, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas menerima SMS ugutan berkenaan.

Tujuh Adun lain yang bersimpati dengan mereka kemudian bersepakat tidak hadir pada hari kedua sidang DUN pada hari itu.

Mereka bagaimanapun hadir semula sidang DUN pada hari berikutnya selepas diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selain mendapat jaminan keselamatan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Manoharan sekali lagi menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.

Ahad, April 26, 2009

Polis nafi cari setiausaha politik bekas MB

Polis menafikan mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh seperti dilaporkan beberapa akhbar kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Beberapa akhbar (selain keluaran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad) kelmarin memetik Mohd Fauzi sebagai berkata, polis mencari Ahmad Ramzi bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu awal minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Rosol Wahid turut menafikan laporan media yang memetik sumber dan mengaitkan lelaki berusia 31 tahun yang ditahan polis di sebelum ini dengan seorang daripada 10 Adun yang tidak hadir pada hari kedua sidang DUN minggu lalu.

Selasa lalu, polis menahan kerani itu di Bandar Baru Bangi, Selangor dan merampas beberapa peralatan termasuk komputer peribadi dari rumah lelaki itu.

SMS ugutan bunuh diterima Rosol yang juga Adun Ajil serta Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dihantar daripada nombor dikatakan milik pegawai kanan di pejabat Menteri Besar.

Rosol berkata, laporan itu menyebabkan wujud keadaan seperti ada konspirasi dalam kemelut politik negeri membabitkan 10 Adun berkenaan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sabtu, April 25, 2009

SMS: Polis ingin hubungi Ahmad Ramzi

Polis sedang mencari Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ancaman kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu, Ahmad Ramzi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, usaha menjejaki beliau tidak berhasil apabila bekas calon Ahli Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac tahun lalu itu tiada di rumahnya."Ahmad Ramzi dicari kerana beliau antara yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan memandangkan beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau mengulas perkembangan siasatan kes SMS berbaur ancaman yang diterima ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada 13 April lalu.

SMS berkenaan menyebabkan 10 ADUN termasuk Rosol, Abdul Halim dan Zakaria tidak hadir ke hari kedua Persidangan DUN keesokannya.Berikutan siasatan kes itu, polis menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Isnin lalu kerana disyaki menghantar SMS berbaur ugutan itu.

Menurut Fauzi, perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.Beliau memberitahu, polis juga sudah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ditanya identiti kerani itu yang dikaitkan sebagai penulis blog di laman web 'ganulening' ketika kepimpinan Idris sebelum ini, Mohd. Fauzi berkata, pihaknya masih menyiasat.''Setakat ini, kami juga belum mendapat petunjuk mengenai penglibatan ADUN-ADUN di negeri ini dalam kes ini,'' ujarnya.

Tolak pelawaan damai MB Terengganu

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Terengganu menolak pelawaan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk berdamai dan kembali bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilabel sebagai penentangnya bagi mengembalikan semula kestabilan politik di negeri ini.

Setiausahanya, Alias Abdullah, berkata kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu pernah diucapkan ketika mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar pada Mac tahun lalu, apabila mengatakan berazam menjadi pemimpin berjiwa besar dan tidak meminggirkan wakil rakyat yang pada awalnya tidak menyokong beliau.

"Bukan saja ucapan itu tidak pernah direalisasikan, Ahmad sebaliknya sentiasa melabelkan sebahagian besar wakil rakyat BN sebagai kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh," katanya ketika dihubungi, semalam.

Hishamuddin Ketua Penghubungan UMNO Terengganu Baru

Lapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri baru dilantik dan lima lagi kekal memegang jawatan masing-masing dalam rombakan kecil yang diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam.

Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu dipimpin oleh tiga Naib Presiden sementara Perak diterajui oleh Menteri Besar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Kedah), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengetuai UMNO negeri tersebut.
"Pelantikan-pelantikan ini berdasarkan peruntukan perlembagaan UMNO," katanya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang pertama dipengerusikannya selepas mengambil alih pucuk kepimpinan parti pada 28 Mac lalu.

Kelantan dan Perlis turut mendapat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menggantikan Tan Sri Annuar Musa di Kelantan manakala Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri yang dilantik ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Perlis), Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah (Kedah), Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (Perak), Datuk Noh Omar (Selangor), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Wilayah Persekutuan).

Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Negeri Sembilan), Datuk Wira Abu Seman Yusop (Melaka), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Johor), Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin (Pahang), Datuk Ahmad Said (Terenggganu), Datuk Awang Adek Hussein (Kelantan) dan Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said (Sabah)

Ahmad Said janji beri kerjasama

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berjanji akan bekerjasama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mengukuhkan parti itu di negeri ini.

Menurutnya, sebagai Timbalan Pengerusi, beliau akan membantu Naib Presiden UMNO itu melaksanakan tugas tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Datuk Seri Hishammuddin bukan asing kepada Terengganu. Saya percaya gandingan kami adalah yang terbaik bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada media melalui Setiausaha Akhbarnya, Rosli Zakaria hari ini.

Ahmad berkata demikian mengulas pelantikan Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru seperti diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berharap ahli UMNO di semua peringkat menerima keputusan itu dan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan UMNO negeri yang baru untuk mengukuhkan parti.

Khamis, April 23, 2009

Satu Terengganu julang Anuar

SATU Terengganu berpesta pada perlumbaan peringkat keempat Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM'09), semalam.

Kebanggaan peminat tempatan memuncak apabila menyaksikan pelumba sensasi negara kelahiran Kuala Ibai, Terengganu, Anuar Manan berada di puncak kemasyhuran.

Semalam, pelumba pasukan Azad University Continental Team itu menampilkan kayuhan penuh bertenaga apabila mengungguli saingan peringkat keempat itu, dan lebih membanggakan, ia dilakar di negeri kelahirannya.

"Apa lagi yang mahu saya katakan apabila berjaya memenangi perlumbaan di tempat sendiri. Sudah pasti saya sangat gembira apabila muncul juara di Kuala Terengganu.

"Saya mahu berkongsi kejayaan ini dengan seluruh peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," jelas Anuar.


Pada perlumbaan dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu sejauh 177.5 kilometer itu, Anuar berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan masa 4 jam 09 minit 21 saat, sekali gus mengetepikan cabaran 107 pelumba lain.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Rafai Chtioui daripada pasukan Doha Team dan Sergey Kudentsov (Polygon Sweetnice Team) yang turut mencatatkan masa 4'09:21s.

"Saya bersyukur kerana dapat menjuarai peringkat keempat JM'09. Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana sejak daripada awal perlumbaan lagi mereka memberi komitmen yang tinggi untuk membantu kejayaan saya ini.

"Kunci utama kejayaan ini lebih kepada kerja berpasukan dan ternyata strategi yang kami gunakan pada perlumbaan hari ini (semalam) benar-benar menjadi.

"Memang agak kecewa kerana gagal mengutip mata di zon pecutan tetapi saya gembira kerana menjuarai perlumbaan ini" tambah Anuar yang membuat penampilan sulung bersama Azad University Continental Team pada JM tahun ini.

Ketua sayap Umno Besut dakwa kena perangkap

Ketua ketiga-tiga sayap Umno Bahagian Besut mendakwa mereka diperangkap bagi menandatangani surat aku janji menyokong Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika menghadiri majlis perjumpaan khas parti itu di Kuala Terengganu malam kelmarin.

Ketua Pemuda Umno bahagian, Mahadi Musa, Engku Naimah Engku Taib (Wanita) dan Che Senah Sulaiman (Puteri) melahirkan rasa dukacita dan terkejut dengan dakwaan pihak tertentu menyatakan semua pemimpin sayap berkenaan yang hadir dalam mesyuarat itu menyokong kepemimpinan Ahmad.

Pada sidang media di sini, semalam, mereka tampil memberi perakuan menolak kepemimpinan Ahmad untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri, serta menyokong tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) memboikot sidang DUN selepas tiga daripada mereka menerima khidmat pesanan ringka (SMS) ugutan bunuh.

Mengulas mengenai mesyuarat khas itu, Mahadi berkata, pemimpin Umno negeri dijemput menerusi SMS untuk menghadiri pertemuan yang diatur Badan Perhubungan Umno Negeri tetapi tidak dinyatakan mereka perlu menandatangani aku janji sokongan terhadap Ahmad.

“Pada malam itu, secara tiba-tiba semua yang hadir diarah menandatangani surat aku janji sebagai tanda sokongan padu terhadap Ahmad,” katanya.

Mahadi berkata, Pemuda Umno Besut juga kesal dengan tindakan badan perhubungan Umno negeri yang tidak menjemput Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Idris Jusoh hadir sama pada mesyuarat berkenaan.

“Lebih menghairankan ialah ketua Puteri juga tidak dijemput tetapi ada pihak tertentu yang menandatangani surat aku janji sokongan itu bagi pihaknya,” katanya.

'Saya lega'

Datuk Ahmad Said lega kerana suspek yang ditahan polis berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kaitan dengan pejabat beliau.

Menteri Besar Terengganu berkata, beliau yakin hasil siasatan polis terhadap lelaki berkenaan akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam kes berkenaan.

''Saya berterima kasih kepada pihak polis kerana mempercepatkan siasatan kes ini. Saya harap kebenaran akan diketahui tidak lama lagi," katanya di sini hari ini.
“Tuhan Maha Kaya, perkara yang tidak betul akan terbongkar dengan sendirinya. Lambat atau cepat Tuhan akan menunjukkan siapa berada di pihak benar atau salah,” katanya ketika diminta mengulas isu SMS ugutan bunuh yang dikatakan dihantar daripada nombor telefon milik seorang pegawai kanannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang kerani syarikat swasta di Bandar Baru Bangi, malam kelmarin kerana disyaki menghantar SMS ancaman kepada tiga ADUN BN minggu lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengesahkan bahawa lelaki berusia 31 tahun itu tiada kaitan dengan pejabat Menteri Besar seperti yang didakwa sebelum ini.

Rabu, April 22, 2009

Tujuh kawasan WP tidak calonkan Abdul Hadi

Populariti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dikatakan merosot khususnya dalam menghadapi persaingan untuk mempertahankan jawatan sebagai orang nombor satu dalam kepimpinan parti itu.

Ini berikutan tindakan tujuh kawasan Pas di Wilayah Persekutuan (WP) tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden bagi menghadapi pemilihan parti itu Jun depan.

Mereka dikatakan agak keberatan untuk mencalonkan pimpinan utama tersebut ekoran tindakan dua pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan cadangan untuk membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) yang rata-rata tidak digemari pimpinan peringkat bawahan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dinafikan Setiausaha Perhubungan Pas WP, Hedzer Ibrahim yang memaklumkan bahawa Pas WP memberikan mandat kepada kepimpinan baru di kawasan masing-masing untuk menamakan calon-calon jawatan tertinggi parti itu.

“Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang seperti yang digembar-gemburkan, ini hanya spekulasi sahaja,” katanya.

Beliau berkata, semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada jawatankuasa pemilihan di peringkat Pas pusat tanpa perlu melalui badan perhubungan Pas Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden, kerusi itu kini dikatakan hampir menjadi milik Naib Presiden yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Husam menjadi calon pilihan bagi pemimpin peringkat akar umbi setelah melihat kepada pembawaan beliau yang lebih digemari pelbagai lapisan peringkat bawahan.

Malah ia diakui Setiausaha Pemuda Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang menganggap Husam merupakan calon berpotensi untuk mendapatkan jawatan nombor dua parti itu, tetapi memerlukan masa lebih panjang untuk menimba pengalaman.

Dalam pada itu, persaingan bagi merebut jawatan Naib Presiden juga menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Antara calon yang berpotensi untuk mendapatkan jawatan ini ialah Salahuddin Ayub, Muhammad Sabu dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Nizar berkata, adalah terlalu awal untuk menilai keupayaan beliau untuk bertanding jawatan itu.

Menurutnya, beliau akan melihat perkembangan semasa berhubung pencalonan tersebut.

“Saya tidak tahu (dicalonkan) disebabkan sebelum ini saya menumpukan kepada pilihan raya Bukit Gantang dan isu-isu berkaitan, jika perlu saya akan rujuk kepada jemaah (untuk memutuskan bertanding),” katanya.

Polis tahan lelaki 31 tahun berkaitan kes SMS ugutan bunuh Adun Terengganu

Seorang kerani ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi ugutan bunuh ke atas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki berusia 31 tahun itu, yang bekerja di sebuah syarikat swasta, ditahan di rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Polis turut merampas beberapa peralatan termasuk komputer peribadi lelaki terbabit yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berkenaan.

Pada sidang media di Balai Polis Wakaf Tapai di sini semalam, beliau berkata kerani itu kini direman empat hari dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mohd Fauzi bagaimanapun berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pejabat Menteri Besar Terengganu.

Pada lewat malam 13 April lalu, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid serta Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) membuat laporan polis selepas menerima SMS ugutan bunuh itu.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata satu pasukan ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

"Polis perlu menyiasat dengan teliti supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan orang awam," katanya.

3 sayap Umno Besut nafi sokong Ahmad Said

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut hari ini menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bahawa ketiga-tiga sayap parti itu menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Mereka juga dukacita dengan tuduhan oleh Rosli dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai perancang sehingga berlakunya kemelut politik di Terengganu sekarang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mahadi Musa berkata, kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Idris dan Umno bahagian berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga sayap parti itu sentiasa berdiri teguh di belakang Idris dan tidak menyokong kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri sekarang.

"Kita kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri mengenai perkara ini," katanya.

Pada 14 April lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri persidangan Dewan Negeri kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan Adun itu berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Adun Ajil Datuk Rosol Wahid, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dan Zakaria Abdullah (Paka) berhubung kemelut politik di negeri ini.

Pengiriman SMS itu dipercayai ekoran daripada kenyataan Menteri Besar untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat Adun BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan berkenaan

Selasa, April 21, 2009

Semua sayap parti sokong kepemimpinan Ahmad Said

Walaupun kedengaran suara sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletak jawatan, situasi berbeza dilihat dalam mesyuarat khas Umno negeri malam kelmarin apabila hampir semua Ketua Bahagian dan ketua ketiga-tiga sayap parti sekali lagi menzahirkan sokongan kepada kepemimpinan Ahmad untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar dan turut berada dalam mesyuarat khas itu berkata, majoriti pemimpin Umno negeri yang hadir mengulangi sokongan terhadap Ahmad, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu wujud penolakan tersusun daripada Umno negeri terhadap kepemimpinan Ahmad di Terengganu.

Sehubungan itu, sumber itu berkata laporan sebuah portal berita kononnya kumpulan yang mendesak Ahmad meletak jawatan sudah meningkat kepada 18 orang daripada 10 Adun sebelum ini sebagai tidak berasas dan sengaja digembar-gemburkan bagi mengeruhkan lagi suasana politik negeri ini.

"Semua itu satu penipuan. Ia hanya semata-mata untuk menyelamatkan karier politik individu terbabit. Dia mungkin takut tidak mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang, jadi tampil membuat kenyataan sedemikian untuk menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi semalam, tetapi tidak menyatakan berapa ketua bahagian yang hadir.

Beliau merujuk laporan sebuah portal berita yang memetik Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah yang juga Adun Alor Limbat sebagai berkata hingga kini 18 daripada 24 Adun BN Terengganu termasuk beberapa Exco menyokong kumpulan yang mendesak Ahmad berundur.

Isnin, April 20, 2009

Bekas jaguh lompat jauh negara, Kamaruddin Maidin, 66, (gambar) meninggal dunia jam 1.30 tengah hari semalam, sembilan hari selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat penyakit paru-paru kronik.

Isterinya, Rajemah Sheikh Ahmad, 65, bersama semua enam anak lelakinya berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Rajemah yang juga bekas atlit negara dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966 dan enam anak lelaki, semuanya adalah bekas atlit olahraga negeri. Kamaruddin muncul anak Terengganu pertama mewakili negara ke Sukan Olimpik Rome 1960 bersama-sama Dr M Jegathesan dan Shaharudin Ali dalam sukan olahraga.

Pada zaman kegemilangannya pada tahun 1960-an, Kamaruddin menjadi atlit pertama negara memenangi lima pingat emas dalam lima Sukan Sea berturut-turut bermula 1959 bagi acara lompat jauh dan dua pingat emas acara lompat kijang.

Sebelum dimasukkan ke HSNZ pada 10 April lalu, Allahyarham pernah dirawat di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) sebanyak dua kali awal tahun ini.Jenazah dibawa balik ke rumah mereka di Permint Jaya, Chendering dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di sini selepas Asar.

Sabtu, April 18, 2009

Flying Machine - Dapat Hadiah

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan berunding dengan Pejabat Tanah Dungun untuk mencari dan mengenalpasti kawasan yang sesuai bagi dihadiahkan kepada pelumba basikal kelahiran Dungun itu.

"Kerajaan negeri bersetuju memberikan sebidang tanah kepada Azizulhasni yang dapat digunakan untuk menjamin masa depannya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,

Sumbangan berharga pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang mengharumkan nama negara dan Terengganu di pentas dunia menyebabkan kerajaan negeri mengumumkan insentif berbaloi berupa wang tunai RM20,000 serta satu lot tanah untuk tapak rumah kepada atlet itu.

Hadi sedia dicabar bagi jawatan Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar Pas Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.

Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.

"(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya. Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar Pas yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam Pas iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam Pas adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.

Abdul Hadi berkata beliau tetap bersama Pas sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.

"Terpulang kepada pengikut sama ada nak tukar ke pakaian atau baju (pemimpin) kita. Namun saya terus bersama Pas, yang penting ialah pemimpin Islam. Siapa jadi pemimpin saya tak kisah," katanya.

Aku Kembali

Empat bulan saya tidak mengemaskini blog ini. banyak cerita penting dan cerita panas tentang negeri Terengganu tidak disiarkan dalam blog ini.Empat bulan saya menghadapi masalah peribadi yang memerlukan ketenangan dan kekuatan semangat. Banyak saya menerima komen dari pembaca mengatakan saya ditekan atau diberi amaran akibat mennyiarkan cerita yang panas TAPI sebenarnya tidak. Sekarang semangat saya sudah pulih sedikit demi sedikit.

YAA Tun Dr Mahathir Mohammad telah kembali ke UMNO dan saya juga kembali berkarya di blog ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Percayalah saya tidak ditekan oleh mana-mana pihak sebab tiada orang mengenali saya. Saya pulih setelah menerima mutiara kata yang dikirimkan oleh sahabat saya. Mari kita renungkan mutiara kata ini yang menjadi saya lebih bersemangat dan menjadi pendoman anda semua.

Aku meminta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberiNYA ulat bulu. Aku sedih & kecewa. Namun kemudian kaktus berbunga indah sekali & ulat pula menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah cara Allah, indah pada masaNYA, Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa & terluka. Tapi jauh di atas segalanya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

Alihkan matamu ke LAUT, airnya cantik membiru & penuh ketenangan tapi hanya ALLAH yg tau rashia di dalamnya. Begitu dengan kehidupan manusia, riang ketawa hanya ALLAH yang tau rashia disebaliknya.

Jika rasa kecewa pandanglah ke SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalang. Jika rasa sedih pandanglah ke LANGIT sedarlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu


Kata-kata ini membuat aku sedar bahawa ALLAH bersama ku dengan mengatur kehidupan ku yang lebih baik lagi dari kelmarin. Sekarang aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih awak.

Khamis, April 16, 2009

Ahmad Said, Idris Jusoh menemui Najib di JPM

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipercayai mengenai isu SMS ugutan bunuh, tiga hari lalu.

Ahmad dan rombongannya tiba di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana jam 12 tengah hari, manakala Idris sejam sebelum itu.
Selasa lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu enggan hadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan bimbang keselamatan mereka selepas tiga Adun menerima SMS ugutan bunuh.

Pengirim SMS bunuh akan diberkas tak lama lagi

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said lega dengan kehadiran semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang sebelum ini seperti memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berikutan tiga daripada mereka didakwa menerima SMS ugutan bunuh.

Terima kasih, baguslah mereka datang. Kehadiran itu membuktikan mereka masih menyokong kita..,” katanya mengulas kehadiran semula 10 Adun semalam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan mereka hadir kerana SMS ugutan bunuh yang mereka terima tidak sahih.

Beliau membayangkan mereka yang menghantar SMS ugutan bunuh kepada tiga Adun berkenaan akan diberkas polis dalam tempoh terdekat.“Insyaallah, dalam masa terdekat ada yang kena tangkap, kita serahkan 100 peratus kepada polis untuk melakukan siasatan dan kerajaan negeri tidak mencampuri urusan siasatan,” katanya.

Wakil rakyat terima ugutan tolak sertai Pas

Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang tidak hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) kelmarin selepas menerima SMS ugutan bunuh, menolak jemputan menyertai Pas, semalam.

Katanya, sembilan lagi rakannya termasuk Adun Paka, Zakaria Ariffin dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) yang turut menerima SMS ugutan bunuh tidak sanggup menggadai maruah perjuangan dengan menyertai parti itu."Kita tetap berdiri teguh bersama Umno serta Barisan Nasional (BN) dan menyokong penuh setiap agenda pembangunan dirancang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Pas sebuah parti yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain...pemimpin mereka akan mengambil peluang mempelawa pemimpin BN untuk menyertai parti mereka," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya persidangan DUN, di sini, semalam.

Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan negeri berkata demikian ketika mengulas pelawaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Harun Taib, yang menawarkan Rosol dan sembilan lagi Adun BN yang tidak hadir ke persidangan dewan kelmarin menyertai parti itu.Harun yang juga Adun Manir ketika ditemui berkata, Rosol dan sembilan rakannya termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dipelawa menyertai Pas bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan.

"Kita (Pas) sudah ada lapan kerusi DUN dan jika Yang Berhormat Ajil (Rosol) bersama sembilan rakannya melompat parti dan bersama Pas...kita dah jadi 18 kerusi dan boleh menubuhkan kerajaan," katanya.Mengulas lanjut, Rosol berkata, semua Adun yang tidak hadir ke persidangan dewan kelmarin bersetuju untuk hadir semalam selepas diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mendapat jaminan keselamatan daripada polis.

Operasi Kompleks Paya Bunga Jun

Kompleks Paya Bunga di Jalan Tok Lam di sini dijangka sedia untuk beroperasi penuh menjelang Jun ini selepas semua kerja penggantikan sistem pemadam api mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa disempurnakan pemaju.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kompleks itu yang sudah siap sepenuhnya belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CFO) kerana sistem pemadam api sebelum ini tidak mengikut syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ahmad berkata, kompleks itu yang dimulakan pembinaannya pada 1996 tertangguh seketika berikutan kegawatan ekonomi Asia pada 1997 dan 1998, dan pembinaan disambung pada tahun 2000 dengan tambahan kos sebanyak RM18 juta.

"Bangunan itu kemudiannya berjaya disiapkan pada 30 Jun 2006 dan mendapat sijil tamat kerja (CPC) pada 30 Ogos 2006. Sijil Menduduki Sementara pula dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 20 September 2007.

"Bagaimanapun, Bomba mensyaratkan sistem pemadam api yang baru dan piawai itu perlu dipenuhi pemaju, Abi Construction Sdn Bhd," katanya menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang mahu tahu status pembinaan bangunan berkenaan yang sudah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu dan merugikan kerajaan negeri.

GLC pindah menjimatkan

Pemindahan beberapa pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri dan penstrukturan semula pengurusan syarikat bertujuan menjimatkan kos pengurusan dan memastikan syarikat berkenaan fokus terhadap skop perniagaan mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beberapa syarikat termasuk Epic Bhd yang sebelum ini beribu pejabat di Kuala Terengganu dipindahkan pengurusannya ke Kompleks Bekalan Kemaman (KSB) kerana teras perniagaan syarikat itu banyak membabitkan aktiviti di KSB.

Rabu, April 15, 2009

Bukan dari pejabat MB

Khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi ‘YB tak sayang nyawa?’ yang diterima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Barisan Nasional (BN) bukan berpunca dari pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan 10 Adun yang bertindak memulaukan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, hadir seperti biasa.

“Mereka dapat SMS, tapi SMS itu tidak berpunca dari pejabat Menteri Besar. Jadi, tak ada kesahihan SMS itu.

“Saya minta mereka hadir persidangan dewan seperti biasa,” katanya pada sidang media di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Semua 10 Adun Terengganu hadir Sidang DUN pagi ini

Semua 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, hari ini hadir memasuki dewan yang memulakan persidangan jam 9.30 pagi ini.

"Baguslah mereka datang..," komennya ringkas ketika diminta mengulas kehadiran semula semua 10 Adun terbabit hari ini.

Ia susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mahu 10 Adun terbabit menghadiri sidang kerana SMS ugutan bunuh yang diterima mereka tidak sahih.

SUSK MB Terengganu buat laporan polis nafi sebar SMS ugutan

Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri.

Wan Ahmad ditemani Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-Tugas Khas), Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail, membuat laporan itu pada jam 12 tengahari tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, mengesahkan polis menerima laporan Wan Ahmad dan akan menyiasat mengikut lunas undang-undang.

ira-kira jam 11.20 malam tadi, tiga Adun BN Terengganu iaitu, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka) menerima SMS berbau ugutan bunuh daripada nombor telefon bimbit 019-9158369 sementara Datuk Rosol Wahid (Ajil) menerima SMS daripada komputer.

Abd Halim dan Zakaria ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Tengganu jam 1.15 pagi tadi, berkata selepas menyemak Diari Kerajaan Negeri, mereka dapati SMS itu dihantar daripada telefon bimbit yang didaftarkan sebagai kepunyaan SUSK berkenaan.

Bukan krisis keyakinan terhadap MB

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menolak dakwaan pembangkang kononnya ketidakhadiran 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini berpunca daripada krisis ketidakyakinan terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan anggota pembangkang itu adalah satu andaian kerana ketidakhadiran mereka atas alasan faktor keselamatan.

''ADUN yang tidak hadir mendakwa mereka menerima ugutan tetapi polis memberi jaminan keselamatan mereka terjamin...polis juga menempatkan enam anggota mengawal keselamatan di Dewan ini.

''Ketidakhadiran mereka bukan kerana berlakunya krisis ketidakyakinan terhadap Menteri Besar tetapi kerana alasan keselamatan," katanya di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum itu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) membangkitkan isu itu ketika membahasnya usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderuzzaman.

Dr. Syed Azman seterusnya diminta supaya tidak membangkitkan isu itu kerana ia adalah andaian daripada perkara yang tidak berlaku.

Tengku Putera berkata, segala pandangan dan tuduhan yang dilemparkan oleh anggota pembangkang adalah pandangan buruk sangka terhadap ADUN BN.

TPM mau jumpa MB Terengganu

Ahmad Said berkata, beliau belum dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menemuinya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung tindakan 10 Adun BN berkenaan.

"Setakat ini tak ada apa-apa lagi dan saya tak diberitahu apa-apa (akan dipanggil). Dapat tahu daripada mana ni? Jika dah lepas (sidang ditangguhkan) saya tak tahu, tapi setakat ini saya belum dimaklumkan lagi," katanya ditemui petang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin di Putrajaya semalam yang dilaporkan akan memanggil Ahmad kerana mahu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada Menteri Besar berhubung isu itu.

Sementara itu, sidang DUN sesi petang semalam berlangsung dalam suasana hambar dan tidak panas seperti kebiasaan kerana hanya empat wakil rakyat BN yang hadir iaitu Rosli Othman (Kemasik); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) selain Menteri Besar dan 10 Exconya serta lapan Adun Pas.

Kekurangan wakil rakyat BN menyebabkan pembangkang terus menggunakan kesempatan yang ada ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja untuk mempertikaikan tindakan Adun BN kerana tidak memaklumkan secara rasmi ketidakhadiran mereka.

Ahmad enggan pujuk ahli dewan tak hadir mesyuarat

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beliau tidak akan memujuk 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Tak apalah... tak payah saya beritahu lah... 'no comment', saya tak payah buat apa-apa (menghubungi mereka)," katanya ketika ditanya apakah usaha akan diambilnya untuk memastikan semua Adun berkenaan hadir pada hari terakhir persidangan DUN hari ini.

Beliau yang mengakui tidak mengetahui mengenai SMS berbau ugutan bunuh yang didakwa diterima 10 Adun berkenaan, hanya menyerahkan sepenuhnya perkara itu untuk disiasat pihak polis.

Ahmad yang kelihatan agak tegang juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai pembabitan pegawai kanannya yang dipercayai menghantar SMS ugutan terbabit kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka).

"Saya tak berani komen apa-apa sebab tak tau cerita. Saya balik pagi tadi jam 2.30 pagi dari Kemaman, jadi pagi ini saya tak tahu apa-apa. Saya tak berani nak komen... setakat ini tidak ada Adun cerita pada saya mengenai hal ini. Laporan polis pun saya tidak tahu.

"Pagi tadi masa minum pagi (di) dewan berehat saya baru tahu. Jika dah lapor polis, saya serahkan pada polis lah. Kita tak boleh campur tangan apa-apa. Itu tugas polis lah," katanya.

Ditanya sama ada beliau terkejut dengan tindakan Adun berkenaan 'menghilangkan diri' daripada sidang DUN, Ahmad berkata, beliau tidak berasa apa-apa kerana sudah melalui situasi lebih teruk ketika kontroversi pelantikannya sebagai Menteri Besar pada 23 Mac tahun lalu.

"Terkejut apa? Biasalah orang politik... saya biasa saja. Masa dulu lagi teruk... ini tak ada benda bagi saya," katanya.

10 ADUN terpaksa ponteng- Dapat SMS ugutan ‘tak sayang nyawa’

"Baik Yang Berhormat (YB) jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?"

Gara-gara menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk ugutan itu, 10 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) enggan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, semalam.


Sebaliknya, mereka berkumpul di Hotel Felda yang terletak kira-kira tiga kilometer dari wisma tersebut sejak pukul 9 pagi atas alasan bimbang keselamatan mereka terancam.

SMS itu kononnya dihantar oleh seorang pegawai kanan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Kesemua mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid; Muhammad Ramli Nuh (Tepoh); Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abdul Halim Jusoh (Permaisuri); Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zakaria Abdullah (Paka); Ramlan Ali (Jabi); Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).

Bagaimanapun, Ahmad dan semua 10 anggota Exco serta lapan ADUN Pas menghadiri Sidang DUN Ke-12 selama tiga hari yang berakhir hari ini.


Menurut Rosol, tindakan itu terpaksa diambil selepas beliau, Abdul Halim serta Zakaria menerima SMS ugutan daripada dua nombor berbeza pada pukul 11.21 malam kelmarin.

Ujarnya, ia dipercayai ada kaitan dengan khabar angin bahawa beberapa ADUN akan membentangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar pada sidang kali ini.

Ekoran itu katanya, dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu manakala satu lagi di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu malam kelmarin.

Selasa, April 07, 2009

Teori RAHMAN jadi kenyataan


Bila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2. April 2009 maka selesai teori RAHMAN. RAHMAN yang diasas pada nama Perdana Menteri pertama Tuanku Abd. Rahman Putra dikatakan setiap huruf adalah nama Perdana Menteri Malaysia. Bermula huruf R - Rahman, A - Abd Razak, H - Hussin, M - Mahathir, A - Abdullah dan N - Najib. Persoalanya adakah Perdana Menteri Malaysia akan datang bermula dengan nama salah seorang Perdana Menteri?

Berdasarkan rekod lalu Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Timbalan Perdana Menteri maka Muhyiddin akan menjadi bakal Perdana Menteri. Maknanya nama MAHATHIR akan digunakan sebagai teori. Wallahualam.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.