Sebuah sekolah di setiap daerah akan dilengkapi satu set alat muzik gamelan mulai tahun depan bagi menggalakkan pelajar mempelajari dan mengadakan persembahan seni muzik tradisional itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata set alat muzik gamelan itu dianggarkan berharga lebih RM50,000 dan dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
Katanya, penempatan alat muzik gamelan itu adalah antara langkah penambahbaikan kepada usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menempatkan dua set alat muzik gamelan di setiap negeri. "Pembelian ini mungkin dilihat sebagai pembaziran kerana membabitkan kos tinggi, namun bagi mereka yang menghargai seni warisan budaya, jumlah itu tidak sama nilainya dengan harga perlu dibayar untuk menjaga dan memulihara seni warisan kita.
"Apatah lagi, seni gamelan sememangnya sudah bertapak lama dan menjadi identiti negeri ini. Justeru, langkah ini dilihat sangat wajar dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan gamelan pada era pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sekitar 1920-an," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Muzik Gamelan Sedunia 2008 di Muzium Negeri, di sini semalam.
Rabu, Ogos 27, 2008
Peralatan Gamelan Satu Sekolah Satu Daerah
Terengganu Akan Bina Hospital Pelatih
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, antara program yang termasuk dalam pelan memperkasakan pendidikan itu ialah meningkatkan jumlah pelajar mengikuti jurusan kedoktoran di luar negara.''Ketika ini kita menghantar kira-kira 100 pelajar jurusan berkenaan ke Indonesia, Mesir dan Rusia di bawah Yayasan Terengganu dan di bawah pelan pendidikan ini, kita akan meningkatkan jumlah itu kepada 150 orang," katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri juga akan membina sebuah hospital di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) bagi membolehkan universiti berkenaan menawarkan program kedoktoran.
''Berdasarkan keputusan mesyuarat Exco baru-baru ini, saya telah menghantar surat kepada Kementerian Pengajian Tinggi mengenai komitmen kerajaan negeri untuk membina hospital di UDM dalam tempoh tiga tahun.''Ini merupakan salah satu usaha untuk menambah jumlah doktor dari kalangan pelajar Terengganu," ujarnya.
Tak Baik Ke majlis Kawin Waktu Kerja
Kerajaan Terengganu melarang semua anggota perkhidmatan awamnya daripada menghadiri sebarang majlis atau kenduri perkahwinan semasa waktu bertugas bagi mengelakkan proses pentadbiran negeri terganggu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan itu selepas mendapati ramai pegawai mengambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan pada hari bekerja.
Menurut beliau, mereka bukan sahaja tidak berada pada waktu pejabat malah ada sesetengah kakitangan menggunakan kenderaan pejabat sedangkan ia bukan untuk kegunaan peribadi.''Saya kesal perkara ini berlaku dan mulai hari ini saya harap kakitangan awam menghadiri majlis perkahwinan selepas pukul 1 tengah hari atau luar waktu bertugas."
''Satu pekeliling khusus mengenai larangan itu akan dikeluarkan bagi memastikan arahan benar-benar dipatuhi," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.