Rabu, September 10, 2008
DAS & DASC Kekal
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, masing-masing mengekalkan jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas semua 104 cawangan mencalonkan mereka mengekalkan jawatan.
Bagaimanapun, jawatan naib ketua menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid dan penyandang jawatan, Mohd Rahim Hussin. Wan Ahmad Nizam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih dan Ketua Pemuda Umno bahagian memperoleh 77 pencalonan, manakala Mohd Rahim mendapat 27 pencalonan.
DAS Rai Anak Yatim
Kehadiran 9 Ramadan memberi seribu makna kepada 170 penghuni asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Marang apabila rumah nombor dua mereka itu dikunjungi Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bersama isteri, To’ Puan Norliza Mahmud.Wajah ceria anak yatim menceritakan mereka mengalu-alukan kedatangan dan berbangga kerana buat sekian kali Menteri Besar akhirnya dapat ditemui secara dekat.