Khamis, September 04, 2008

Mata


Aduhhh..boleh ke..

Bot Pelancong Di Kenyir

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bakal dilengkapi dua unit bot penumpang yang berciri keselamatan tinggi berharga RM982,750 bagi membawa pelancong ke pusat pelancongan terunggul di rantau Asia itu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bot penumpang buatan tempatan yang berukuran 14 meter dengan kemampuan 520 kuasa kuda dan bersifat `aluminium grade’ ini memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi mampu memuatkan 62 penumpang.

“ Jika satu bahagian mengalami kebocoran, air tidak boleh merebak masuk kebahagian lain. Dengan ini bot tidak akan tenggelam dan penumpang tidak perlu risau dan takut sekiranya kebocoran berlaku.

“ Selain itu, bot ini lebih ringan dan tahan lasak. Maka penggunaannya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Keluasan bot ini juga menjamin keselesaan penumpang semasa melawat ke setiap destinasi yang menarik di persekitaran Tasik Kenyir,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (3 September).

Menurut beliau, keperluan untuk membeli bot-bot penumpang di masa akan datang akan sentiasa dipertimbangkan dan bergantung kepada sambutan penumpang serta keperluan semasa. Selain itu, bayaran tambang akan dikenakan kepada para penumpang dengan kadar yang bersesuaian.

Tasik Kenyir yang disandarkan sebagai ‘Hoping Island’ ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri sebagai destinasi pelancongan utama. Malah Kerajaan Negeri sentiasa membuat penyelidikan dalam usaha mengekalkan dan membangunkan tasik ini.

Sejurus kemudian, Menteri Besar menyaksikan penyerahan replika cek pembayaran zakat berjumlah RM300,000 yang diserahkan oleh Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Mazlan Ngah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Alwi Muhamad.

Pintar AlQuran

Seramai 25 kanak-kanak yang belajar di Pintar Quran Kampung Tok Has, Jerteh menyertai majlis khatam al-Quran dalam satu majlis petang kelmarin.Majlis anjuran Jawatankuasa Pintar Quran Tok Has dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.

Upacara itu diserikan dengan penyediaan pulut kuning yang dihiasi bunga telur berwarna-warni yang menjadi sebahagian daripada acara tradisi masyarakat Islam tempatan. Pintar Quran Kampung Tok Has merupakan antara pusat pembelajaran al-Quran sistematik yang pertama diwujudkan di daerah Besut pada akhir 1990-an dalam usaha membudayakan al-Quran di kalangan generasi muda khususnya kanak-kanak.

Dalam ucapannya, Idris menggesa ibu bapa menggalakkan anak mereka supaya menghayati pembacaan al-Quran dan menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan.Katanya, usaha Yayasan Islam Terengganu yang berjaya menggalakkan ramai kanak-kanak dan pelajar tadika khatam al-Quran sejak dua tahun lalu amat membanggakan dan ia perlu diteruskan.

DAS Raikan Pelajar Ma'had Tahfiz

Menteri Besar, Dato' Ahmad Said & kakitangan Pejabat Menteri Besar meraikan 41 pelajar Ma’had Tahfiz Kubang Bujuk dibawah jagaan Ustaz Mastura. Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Iman turut dihadiri isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud, pegawai kanan kerajaan dan para wartawan.
Di majlis berbuka puasa, Dato’ Ahmad mengambil kesempatan berkenalan dengan pelajar berkenaan dan menunaikan solat Maghrib dan Terawih berjemaah.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.