Isnin, Jun 30, 2008

CURI PASIR : PEGAWAI JANGAN CUAI




Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kegiatan itu dilihat tidak bermoral dan melanggar Akta Kanun Tanah Negara serta peraturan pejabat tanah dan galian (PTG) yang menghalang aktiviti seumpama itu.

Kerajaan negeri memandang serius kegiatan mencuri pasir dan tanah yang berleluasa sejak kebelakangan ini dan berharap pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kegiatan itu diseret ke pengadilan secepat mungkin.

LULUSSSSSSSS!!!!!!



Dah sampai jodoh apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu meluluskan permohonan pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin empat dengan isteri keempatnya Suzi Sulong, 34.

Ahad, Jun 29, 2008

ANAK TERENGGANU GEGAR DI JERMAN



Pelumba basikal Olimpik negara memulakan latihan dan persiapan mereka di Eropah dengan memberansangkan apabila berjaya menduduki tempat keempat dalam satu kejohanan trek terbuka di Jerman, kelmarin.

Dalam kejohanan yang disertai ramai jaguh-jaguh Eropah yang akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing itu, Azizulhasni Awang perlumba berasal dari Terengganu mendapat tempat keempat dalam acara 200 meter pecut.

Seramai 61 pelumba daripada seluruh Eropah mengambil bahagian dalam acara yang disertai Azizulhasni itu.

RIBUT DI BESUT



Sekeluarga lapan beranak nyaris cedera apabila bumbung dapur rumah mereka di Kampung Tengah, Kuala Besut di sini diterbangkan angin kencang ketika sedang menikmati makan malam kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr. Abdul Rahman Mokhtar menziarahi keluarga malang itu dan turut menyampaikan sumbangan peribadi hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut memberitahu, bantuan yang sesuai akan disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) bagi meringankan masalah yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.

CRISTAL DE SULAIMAN - KUDA TERBAIK



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan yang menunggang Cristal De Suleiman telah berjaya menamatkan cabaran 160 km dan turut dinobatkan sebagai kuda terbaik dalam kategori tersebut. Sebanyak empat kategori dipertandingkan dalam kejohanan Edaran Endurance Classic 2008 yang berlangsung di Lembah Bidong bermula 28 Jun iaitu 40 kilometer (km) (15 peserta), 80 km (29 peserta), 120 km (individu) dan 160 km individu dan berpasukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Edaran Endurance Classic 2008 di Sutra Beach Resort, Setiu hari ini (29 Jun).

PROJEK RUMAH MAMPU MILIK



Dato' Ahmad Said menggunakan jentera jengkaut untuk melakukan pecah tanah Projek Rumah Mampu Milik di Kijal, Kemaman

Sabtu, Jun 28, 2008

KOMPLEKS NOOR ARFA DI RASMI




Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenaan berangkat untuk merasmikan Kompleks Kraf Noor Arfa di Cendering & menandatangani plak perasmian. Kompleks ini mempunyai bilik pameran batik, kraftangan, songket & boleh melihat demotrasi mencanting, menenun songket & sebagainya.

YAYASAN DI RAJA SULTAN MIZAN MEMERTABAT HASIL KRAF TERENGGANU



Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kagum dengan hasil kerja tangan yang dibuat oleh pelatih Program Latihan Kraf Warisan Yayasan Diraja Sultan Mizan

Jumaat, Jun 27, 2008

YUNUS KALAH LAGI



Sekali lagi bermain tempat sendiri tidak memberi hasil kepada Terengganu. Kesilapan Yunus menurun pemain yang tidak kreatif menyebabkan Terengganu Tewas kepada Kelantan 1 - 2. Sepatutnya separuh masa pertama lagi, Yunus sepatutnya mengeluarkan pemain pertahanan no 20 yang gagal mengekang penyerang Kelantan yang menghasil dua gol & memasuk pemain tengah Ismail Faruki di awal permainan. minggu lepas kita hanya seri dengan Selangor ditempat sendiri. Kelemahannya Yunus lambat mengeluarkan pemain tidak berfungsi dan bila dah teruk baru nak ganti pemain tetapi tindakannya sudah terlambat.

TERENGGANU LAHIRKAN PILOT BERTARAF DUNIA



Kerajaan Negeri berbangga dengan penguasaan atlet Formula Future Terengganu ke kejohanan peringkat dunia menyampaikan sumbangan RM5,000 seorang termasuk pakaian sukan kepada enam peserta tempatan daripada 10 keseluruhan peserta yang melayakkan diri ke Pertandingan Formula Future Dunia 2008 yang akan diadakan di Ravenna Itali pada 18 Julai hingga 20 Julai 2008.

Pilot Terengganu ialah Syed Ali Kadzimi Syed Khalid, 17, (Kelas 5); Mohd Zulhaniff Mazlan,13 (Kelas 3); Nik Daniel Afifuddin, 12 (Kelas 3); Tengku Anisah Atirah Tengku Zainal Abidin,10 (Kelas 2); Mohd Haniff Ramli, 11 (Kelas 2) dan Muhammad Zhafree Ammar, 9 (kelas 1).

Menteri Besar Terengganu telah bendera Terengganu di jaket bersama bendera Malaysia yang mereka pakai di kejohanan itu nanti.

Formula Future ialah kejohanan ujian kemahiran pengendalian bot bagi remaja berumur daripada lapan hingga 18 tahun dan merupakan satu daripada peringkat sebelum melangkah ke peringkat tertinggi, Kejohanan Formula 1 Powerboat Dunia.

Malaysia merangkul gelaran dunia sebanyak tiga kali sepanjang 2004, 2005 dan 2007. Pada tahun lalu, pasukan negara merangkul gelaran juara dunia selepas berjaya mengalahkan lima negara Eropah iaitu Jerman, Itali, Rusia, Republik Czech dan Portugal dengan kutipan dua emas, tiga perak dan satu gangsa dengan 2,200 mata keseluruhan.

Khamis, Jun 26, 2008

SOLAT ITU PENAWAR PENYAKIT



Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.

“Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.

Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolat sunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itu mereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itu dipasang sebelum tidur.

JAWATAN MENTERI BESAR DAH BESAR ORANG BERI



Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beliau tidak bercadang untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Disember depan, sebaliknya menyatakan kesyukuran terhadap pelantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, 14 Jun lalu.

"Setakat ini tak rasa nak bertanding (jawatan tertinggi). Inipun (jawatan Menteri Besar) dah tinggi orang beri,"


Ditanya pandangannya mengenai pemilihan pada peringkat bahagian, Ahmad berkata, beliau tidak berhak melarang ahli bertanding merebut jawatan, tetapi berpendapat pertandingan perlu dielakkan bagi memastikan kekukuhan dan perpaduan parti.

KARNIVAL TERENGGANU



Kerajaan negeri menyasarkan menarik kira-kira 40,000 pengunjung sehari dalam Karnival Terengganu 2008 yang akan diadakan di Taman Awam Batu Burok di sini selama dua minggu bermula 27 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, ini berdasarkan kehadiran pengunjung karnival itu yang semakin meningkat setiap tahun.

Pada tahun lalu program yang sama berjaya menarik kira-kira 30,000 orang sehari dan yakin bilangan itu akan meningkat kepada 40,000 orang sehari tahun ini berikutan pertambahan beberapa aktiviti.

Karnival yang bermula pukul 10 pagi hingga 11.20 malam itu menyediakan 65 gerai perniagaan yang keutamaannya diberi kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk tempatan.Sebanyak 30 gerai agensi kerajaan disediakan dalam memperkenalkan peranan masing-masing kepada rakyat,

SENTIASA MENGEMASKINI ILMU



Para imam dan bilal digesa tingkatkan kedudukan ilmu sepanjang masa memandangkan peranan imam dan bilal mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat.

Sesuai dengan peranan tersebut, para imam dan bilal mampu menjadikan institusi masjid sebagai pusat kecemerlangan seterusnya menjadikan Islam lebih dihayati.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Yb. Khazan Che Mat berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Kursus Kecemerlangan Imam/Bilal dan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Imam dan bilal Masjid Masjid Mukim Negeri Terengganu .

Rabu, Jun 25, 2008

ANAK TERENGGANU YANG TERUS GEGAR DUNIA



Anak Terengganu yang akan menyahut cabaran Pertandingan Formula Future Dunia 2008 yang akan diadakan di Ravenna Itali.Kerajaan Negeri yang berbangga dengan penguasaan atlet Formula Future Terengganu ke kejohanan peringkat dunia turut menyampaikan sumbangan RM5,000 seorang termasuk pakaian sukan kepada enam peserta tempatan daripada 10 keseluruhan peserta yang melayakkan diri ke kejohanan itu.

Mereka ialah Syed Ali Kadzimi Syed Khalid, 17, (Kelas 5); Mohd Zulhaniff Mazlan,13 (Kelas 3); Nik Daniel Afifuddin, 12 (Kelas 3); Tengku Anisah Atirah Tengku Zainal Abidin,10 (Kelas 2); Mohd Haniff Ramli, 11 (Kelas 2) dan Muhammad Zhafree Ammar, 9 (kelas 1).

Sirkit Formula Future akan dibangunkan di kawasan paya berhampiran Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak, Kuala Terengganu untuk memantapkan latihan dan penganjuran sukan yang kini dimonopoli oleh anak Terengganu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan tujuan pembangunan itu tercapai, Kerajaan Negeri akan menghantar Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said bersama beberapa pegawai bagi meninjau tempat pertandingan peringkat antarabangsa, di Pertandingan Formula Future Dunia 2008 yang akan diadakan di Ravenna Itali pada 18 Julai hingga 20 Julai 2008.

SUSUN BALIK PERBELANJAAN KELUARGA





Masyarakat digesa membuat perancangan dalam perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran. Sehubungan dengan itu, perbelanjaan keluarga hendaklah dirancang mengikut keperluan agar dapat berjimat-cermat sesuai dengan keadaan masa kini.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihak Kerajaan Negeri memahami masalah kenaikan harga barang akibat harga minyak yang melambung baru-baru ini.

“Kenaikan kos sara hidup hendaklah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ianya masalah global.

“Kita seringkali nyatakan kepada rakyat pda setiap kali perjumpaan dalam pelbagai program agar rakyat faham situasi hari ini,” beliau berkata demikian ketika di temubual hos Syed Munawar secara lintas langsung dalam rancangan terbitan RTM 1, Persepsi-Yang Mana Benar, di RTM Terengganu Bukit Kecil, Kuala Terengganu, jam 8.30 malam semalam (23 Jun).

Turut sama, Menteri Pembangunan dan Pengurusan Sumber 2 Sarawak, Dato’ Seri Awang Tengah Ali Hussain dilakukan secara sidang video dari RTM Kuching, Sarawak.

Tambahnya, Kerajaan Negeri kini memberi fokus dan keutamaan agar pembangunan yang dilaksanakan memberi keutamaan kepada rakyat.

“Kita kini sebagai contoh memberi fokus kepada bidang pertanian. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir merasmikan Jelapang Padi, Setiu,”katanya.

Dengan memberi penekanan kepada bidang pertanian, beliau yakin dan percaya program ini akan membantu mengurangkan kadar rakyat termiskin seterusnya meningkatkan pendapatan golongan sasar.

“Kini kerja-kerja pembersihan tanah sedang dijalankan dan kita juga akan membangunkan tanaman kelapa sawit secara besar-besaran yang akan dilaksanakan tidak lama lagi,”tambah Dato’ Ahmad lagi.

TERENGGANU MENANG DITEMPAT LAWAN


Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan mencatat keputusan kurang enak apabila tewas 1-2 kepada pelawat Terengganu.

Tuan rumah bermula garang apabila mendahului menerusi S Kunalan yang menanduk hantaran Idris Karim untuk menewaskan penjaga gol, Md Sharbinee Allawee pada minit ke-20 sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Abd Manaf Mamat pada minit ke-52.

Jocian Bento memastikan kemenangan buat pelawat apabila menanduk masuk hantaran lintang Kit Kong empat minit kemudian.

PEGAWAI ICT DISETIAP SEKOLAH


Kerajaan negeri akan menempatkan seorang pegawai komputer di setiap sekolah di negeri ini dan dua juruteknik komputer di setiap daerah mulai tahun hadapan bagi memastikan semua komputer sekolah diselenggarakan dengan baik untuk kemudahan pelajar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata ketika ini banyak komputer yang sudah dibekalkan di sekolah mengalami kerosakan dan tidak dibaiki hingga menyebabkan kemudahan itu tidak dapat dimanfaatkan pelajar secara maksimum.

Isnin, Jun 23, 2008

MANGSA RIBUT DIBANTU



Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan segera RM50,000 khusus bagi membantu dalam membaiki rumah di kawasan Kampung Banggol, Menggabang Telipot di sini, yang rosak akibat dilanda ribut pada 12 Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata selain itu peruntukan RM150,000 lagi akan disalurkan menerusi Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri khusus untuk membaiki rumah yang uzur, termasuk membaiki atap rumah yang bocor di kawasan berkenaan.

Beliau berkata bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Terengganu pula, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM200,000, khusus untuk membantu dalam membaiki rumah yang daif.

“Dalam tempoh lima tahun ini kita tidak mahu lihat lagi (atap) rumah di Terengganu yang bocor,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke rumah yang dilanda ribut di Kampung Banggol di sini hari ini.

Dalam kejadian 12 Jun lalu, 22 buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan, kebanyakkannya membabitkan atap rumah yang diterbangkan angin kencang akibat dilanda ribut dalam kejadian pada kira-kira jam 7 petang.

Ahmad seterusnya meminta orang ramai yang ditimpa musibah akibat bencana alam supaya berjumpa dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan kampung atau Ketua Cawangan Umno di kawasan masing-masing bagi mendapatkan bantuan membaik pulih rumah mereka tanpa mengira fahaman politik, kerana kerajaan negeri tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam memberikan bantuan. - Bernama

ATLET BERNILAI RM25,550



Siti Rajiah Ali dinobatkan atlet wanita terbaik SUKMA ke 12 kerana meraih enam pingat emas dalam acara kenu. Wanita ini berasal Kampung Paya Marang menerima insentif dari Kerajaan Negeri sebanyak RM25,550 kerana meraih enam pingat emas.

PIALA PERDANA MENTERI - JUARA SUKMA KE 12



Piala Perdana Menteri diserah kepada Menteri Besar diatas kejayaan menjadi juara SUKMA ke 12 2008.

MEMPERTINGKATKAN KECERMERLANGAN PELAJAR & MERINGAN BEBAN KELUARGA



Dibawah Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Kerajaan Negeri memperuntuk RM43juta untuk memperkasakan pendidikan & meningkat kecemerlangan pelajar Terengganu. DAS kata RM2.255 juta daripadanya adalah untuk bantuan pendidikan 2255 pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini dengan kadar RM1,000 setiap seorang.

Bagi Program Penambah Nilai Kecemerlangan UPSR diagihkan untuk 100 buah sekolah luar bandar yang dikenal pasti oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Dengan peruntukan yang besar yang dibelanjakan untuk pendidikan, kita berharap ianya dapat memberi nilai tambah kepada mereka dan dapat mengekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. RM500,000 diperuntukan.

Pada tahun depan semua Sekolah Menengah (SM) dan Sekolah Rendah (SR) seluruh negeri akan menerima seorang pegawai komputer dan juruteknik komputer untuk menambahbaikan penggunaan komputer itu sendiri. Hampir 500 graduan menggangur akan diambil bekerja secara kontrak untuk mengisi jawatan tersebut dan projek ini merupakan serampang dua mata disamping membantu graduan mendapatkan pekerjaan

Ahad, Jun 22, 2008

CITRA WARNA 2008 DI TERENGGANU



Persembahan tarian daerah telah berjaya menarik 15,000 pengunjung ke malam Citra Warna di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Setiap daerah telah mempersembahkan tarian masing masing & Turut mempersembahkan penari dari Johor & Pahang.

HOTEL UNTUK JEMAAH HAJI



Tabung Haji akan membina hotel 120 bilik di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada tahun depan. Ini membolehkan jemaah Haji dari Pantai Timur menginap di hotel TH sebelum berlepas terus ke Mekah. Tahun ini seramai 8,000 jemaah haji Pantai Timur akan berlepas ke Mekah melalui LTSM.

PENGUSAHA BOT TRADISIONAL DI BANTU


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan memberi perhatian yang khusus dalam membantu industri pembinaan bot kayu di Terengganu.

Menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, langkah itu supaya industri bot kayu di Terengganu dapat diteruskan sebagai satu industri yang berdaya saing dan dapat menjana pendapatan ekonomi pengusaha dan negeri.

Beliau menghadiri majlis pemberian insentif kepada pengusaha bot tradisional Terengganu di Pulau Duyong yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Peter Chin berkata kementerian itu turut menggalakkan serta mengalu-alukan usaha pembuat bot tradisional untuk menyediakan manual membuat bot yang boleh didokumenkan agar pengetahuan dan kemahiran membuat bot tradisional tidak lenyap begitu sahaja.

Usaha dan langkah bagi membantu bumiputera untuk terlibat dalam industri kayu akan juga dimasukkan dalam Dasar Perindustrian Kayu Negara yang sedang digubal.Usaha ini akan membuka peluang kepada bumiputera termasuklah pembuat bot tradisional untuk menjadi lebih berdaya saing dan membolehkan penglibatan berterusan mereka dalam industi kayu.

Peter Chin berkata kerajaan pusat juga akan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha mengatasi masalah harga kayu cengal yang telah meningkat sehingga RM10,000 bagi satu tan.

Menteri Besar Terengganu berkata banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan perusahaan pembinaan bot kayu di Terengganu, selain dari isu harga kayu yang mahal, faktor tenaga mahir juga agak meruncing.

Beliau berkata, tidak ramai warga belia yang berminat menceburi bidang ini, dan dibimbangi sekiranya perkara ini tidak diatasi, perusahaan membuat bot kayu di Terengganu mungkin pupus.

Seramai enam orang pengusaha bot kayu menerima insentif, yang berupa dana bagi perolehan kayu cengal bernilai RM50,000 setiap seorang pada majlis itu

PUSAT KUDA LASAK TERENGGANU TERBAIK DI DUNIA



Pusat Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu (TIEC)yang terletak di Lembah Bidong Setiu adalah salah satu dari tiga venue yang terbaik di dunia. Persekutuan Penunggang Kuda Antarabangsa (FEI) telah mengikhtiraf TIEC sebagai venue terbaik kerana mempunyai kemudahan yang moden. Majlis perlancaran Kejohanan Kuda Lasak Dunia 2008 telah disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong. Kejohanan ini akan diadakan pada 6 - 9 November 2008 di Lembah Bidong Setiu.

Sabtu, Jun 21, 2008

POKOK MENANGIS


Sebatang pokok Sabu atau pokok India yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun berhampiran Masjid Raja, Bukit Besar di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak tiga hari lalu apabila dahan-dahannya dilihat mengalirkan air tanpa henti.

Kejadian itu semakin menarik apabila orang ramai mendakwa terdengar pokok itu mengeluarkan bunyi seperti orang menangis pada waktu malam.

Ekoran itu, pokok yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan Islam di masjid berkenaan menjadi tumpuan penduduk siang dan malam.

Seorang penduduk, Norhayati Husin hairan kerana pokok yang tidak mengeluarkan buah itu tiba-tiba mengeluarkan air berbuih dan berbau seperti air kelapa muda.

Guru di pusat fardu ain kawasan itu, Azrul Alias pula menceritakan, ia berlaku selepas proses memajukan seluruh kawasan tersebut dimulakan sejak seminggu lalu.

"Baru minggu lalu penduduk mendapat bayaran untuk membangunkan kawasan ini termasuk masjid dan kawasan tanah perkuburan,'' katanya.

LAGI MERCU TANDA BANDARAYA KUALA TERENGGANU


Paya Bunga Square bernilai RM104juta dibangunkan di pusat bandar raya ini bakal menjadi mercu tanda baru Bandayara Warisan Pesisir Air. kompleks ini dibahagikan kepada tiga komponen utama meliputi blok podium, menara pejabat dan menara hotel.

Blok podium mengandungi enam tingkat dengan satu tingkat dikhaskan sebagai tempat letak kereta bawah tanah. Ia mengandungi 123 ruang niaga dengan keluasan setiap lot di antara 16 meter persegi hingga 119 meter persegi.Selain itu di blok podium juga mengandungi ruang lobi lif untuk ke menara pejabat dan hotel serta pejabat penyelenggaraan serta tempat letak kereta.

Komponen menara pejabat ia mengandungi ruang pejabat sebanyak 13 tingkat yang terletak di tingkat enam hingga tingkat 18 dengan keluasan lantai 14,518 meter persegi.

Komponen Menara Hotel juga mempunyai 13 tingkat iaitu dari tingkat enam hingga tingkat 18 dengan keluasan lantai 13,186 meter persegi.Hotel ini menawarkan 209 bilik dengan kemudahan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 400 orang dan tiga buah bilik seminar yang setiap sebuah mampu memuatkan 30 hingga 50 orang.

Komponen menara hotel juga mengandungi kolam renang dengan keluasan 600 meter persegi, sebuah restoran dan ruang kaunter serta menempatkan kemudahan untuk orang ramai termasuk pusat membeli-belah dan tempat letak kereta bawah tanah apabila ia siap sepenuhnya menjelang tahun 2010.

HATI-HATI ORANG TERENGGANU


Penjenayah siber hanya memerlukan beberapa saat untuk mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa tanpa perlu menggunakan kad mesin juruwang (ATM) atau berurusan di kaunter bank. Mereka beroperasi di negara jiran dan hanya perlukan nombor akaun seseorang yang biasanya diperoleh atas usaha mereka sendiri tanpa mengira apa sekali pun.Melalui nombor akaun, sindiket ini akan menggodam komputer untuk mengeluarkan wang dari akaun mangsa.kehilangan wang itu sebenarnya ada kaitan dengan kemudahan perkhidmatan skim perbankan internet yang sering digunakan oleh pemegang akaun bank sekarang ini.

Perkhidmatan yang semakin popular itu sebenarnya boleh mengundang risiko terhadap wang simpanan kerana transaksi keluar masuk wang boleh diketahui pihak lain yang menunggu peluang untuk mencari kesempatan ‘merompak’ nombor akaun tersebut.

Sumber itu memberitahu, mereka yang terlibat dalam sindiket terbabit biasanya pakar dalam bidang komputer dalam mengendalikan banyak perisian komputer termasuk mencuri fakta dan maklumat penting dari pihak bank.

Khamis, Jun 19, 2008

KUMPULAN PERTAMA PELAJAR INDONESIA DI TERIMA


Buat pertama kali, sekumpulan 25 pelajar dari Indonesia adalah antara 2,200 pelajar baru yang akan mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Sulaiman Mohd Yassin, berkata pelajar Indonesia berkenaan akan mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang seperti sains, ekonomi dan maritim.

“Kemasukan pelajar Indonesia ini ke UMT adalah atas usaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara itu yang membiayai mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, projek pembinaan sekolah yang dianggarkan bernilai RM80 juta itu mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding sekolah sukan di Bukit Jalil.Sekolah sukan pertama yang akan diwujudkan di negeri ini bakal menempatkan lebih 1,000 pelajar apabila ia beroperasi dan memulakan sesi pengajian tiga tahun akan datang.

Katanya, sekolah sukan di Terengganu menempatkan bilangan pelajar lebih ramai, berbanding 800 pelajar di Bukit Jalil.
Walaupun keutamaan pelajar adalah anak negeri ini, tetapi pelajar di negeri lain diberi peluang yang sama


Terengganu gagal ke final FA kerana Yunus menurunkan pemain import baru yang tidak tahu bermain bola (walaupun sudah bermain dua game) & lambat mengeluarkan pemain itu. Semasa saingan Piala Malaysia, Terengganu vs Selangor 1 - 1 (tempat sendiri), Piala FA Selangor vs Terengganu kalah 2 -1 (tempat lawan) & tempat sendiri seri lagi menyebabkan Terengganu gagal ke Final. Sekiranya Yunus tidak menurun pemain import baru, kemungkinan besar Terengganu boleh menang. Yunus hanya menukar pemain import (apabila penonton naik angin) dengan memasuki Manaf Mamat pada permainan berbaki 40 minit lagi. Baru corak permainan berubah. tetapi sudah terlambat. Jika tengok prestasi Liga super, Terengganu kalah tempat sendiri sebanyak 3 kali angkara Yunus gagal & lambat menukarkan pemain yang merosot. Yang hairannya penonton lebih pandai menilai pemain samada boleh bermain atau tidak berbanding dengan Yunus yang sudah lama berkecimpung dilapangan bolasepak

Selasa, Jun 17, 2008

BATIK TERENGGANU GAH DI PASARAN GLOBAL


DAS menyatakan industri batik Terengganu perlu menggunakan teknologi moden bagi meningkat dayasaing tanpa mengetepikan unsur tradisional Terengganu yang memang gah keunikan & keindahan dengan sentuhan pecanting tempatan. Batik Terengganu kini berada dipasaran global. Teruskan dengan mengekalkan kualiti & imej batik. DAS menyampaikan Piala Darul Iman kepada Dato Mohammed Awang Tera. Pengerusi, Jawatankuasa Usahawan.

Ahad, Jun 15, 2008


Di Stadium Shah Alam, Selangor yang ketinggalan 1-0 pada babak pertama, bangkit dengan dua gol masing-masing menerusi Shukor Adan dan Mohd Safee Sali pada minit ke-70 dan 87. Ia sudah cukup bagi membawa bekal sedikit selesa ke tempat lawan selepas anak didik Yunus Alif, Mohd Ashaari Samsuddin menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-25. Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertembung Selasa ini pada pusingan kedua dengan Kedah berkunjung ke Stadium Darulmakmur manakala Terengganu menanti kunjungan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.