LIMA pemain bola sepak kelahiran Terengganu dijangka menyertai skuad T-Team musim depan.Mereka ialah Rosdi Talib, Subri Sulong, Hairuddin Omar, Norfazly Alias dan Syamsuri Mustaffa yang sebelum ini dianggap ikon bola sepak di Terengganu.
Perkembangan terbaru itu disahkan salah seorang pemain tersebut yang bagaimanapun menyatakan bahawa hingga kini mereka masih belum menandatangani sebarang kontrak. Menurut pemain itu yang enggan namanya didedahkan, mereka akan menandatangani kontrak dengan T-Team setelah menyelesaikan beberapa perkara. "Kami bukan memikirkan soal nilai bayaran tinggi, sebaliknya mahu semua terma perjan- jian diperhalusi agar kedua-dua pihak memperoleh manfaat.
"Itu penting demi kebaikan bola sepak, selain memenuhi harapan peminat T-Team yang kini teruja melihat pasukan itu menjadi skuad disegani. "Kalau boleh, kami mahu bermain dengan T-Team dalam tempoh yang lama, bukan sekadar menjadikan pasukan itu tempat singgah. "Kami berhasrat menjulang T-Team yang asalnya sebuah kelab yang kerdil, namun akhirnya memberi impak positif kepada sukan bola sepak negara," kata pemain itu.
Katanya, kontrak mereka bersama Pahang sudah berakhir dan kini mereka bebas menyer- tai mana-mana pasukan. Menurutnya, mereka berminat berkhidmat dengan T-Team berikutan 'terpikat' dengan sikap profesional pengurusan pasukan itu.
Sementara itu, Presiden T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said ketika dihubungi Kosmo! memberi reaksi positif akan kemungki- nan tersebut. Bagaimanapun katanya, selagi kontrak belum ditandatangani, pihaknya tidak boleh mengatakannya sebagai satu kepastian.
"Apa pun jika kita bercakap dari segi adat Melayu, suara mereka itu sebenarnya mani- festasi dalaman. Saya anggap mereka setuju sertai T-Team."Ini amat baik untuk T-Team dan peminat bola sepak negeri ini. Sekarang mereka akan mempunyai dua pasukan yang bertanding dalam Liga M," katanya.
Diberi jolokan 'lima sekawan' oleh segelintir peminat, kelima-lima pemain berkenaan dikatakan mempunyai aura dan peminat tersendiri. Secara berseloroh ada yang menganggap mereka 'Hang Tuah lima bersaudara' versi baru yang mampu mencorakkan warna sukan bola sepak di bumi Darul Iman musim depan
Isnin, Oktober 13, 2008
Hang Tuah Bersaudara Nak Main T Team
Hospital Baru Dungun siap 2012
Penduduk di daerah ini akan menikmati satu lagi kemudahan asas yang moden apabila sebuah hospital baru dilengkapi dengan teknologi terkini siap dibina menjelang 2012.Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh berkata, hospital yang pembinaannya dijangka bermula pada 2010 akan dibina di atas sebidang tanah di Kampung Che Lijah di sini.
Menurut Matulidi, hospital terbabit apabila siap nanti dijangka mampu menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada penduduk.Katanya, antara kemudahan yang akan disediakan ialah pusat rawatan, tempat letak kenderaan manakala jumlah kakitangan dan juga peralatan akan ditingkatkan sejajar dengan perkembangan penduduk di kawasan itu sekarang.
Dalam perkembangan berkaitan pula Matulidi memberitahu, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM12,000 untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik bagi seluruh Parlimen Dungun tahun ini.
Beliau turut menjelaskan, sebanyak RM2,000 telah digunakan bagi membeli pakaian raya kepada 10 orang anak yatim piatu dari lima buah sekolah rendah dalam Program Jom Beli Baju Raya yang diadakan di sini baru-baru ini."Sumbangan ini diberikan bukan sahaja sebagai tanda prihatin tetapi ia juga salah satu usaha kita menghilangkan rasa sedih mereka di atas kehilangan orang yang disayang," katanya.