Selasa, Julai 15, 2008

MAN BAKAR DILANTIK SEBAGAI SENATOR

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar telah dilantik sebagai senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan disaksikan oleh anggota Dewan Negara yang lain. Pelantikan mereka yang berkuatkuasa hari ini adalah untuk tempoh satu penggal.

Abdul Rahman, 56, adalah bekas Ahli Parlimen Marang, Terengganu dan juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1983 dan Ijazah Kedoktoran Kehormat Pentadbiran Perniagaan (CDBA) dari The Oxford Association of Management Oxford, England pada 2006.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru pada 1984 hingga 1986, sebelum aktif dalam politik. Dalam kerjaya politiknya beliau pernah menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua kali pada pilihan raya umum 1986 dan 2004.

PENGURUSAN INTEGRITI HINDARKAN RASUAH

Kawalan sistem dalam pengurusan integriti adalah penting sebagai usaha ke arah menutup ruang dan peluang rasuah serta salah guna kuasa dan penyelewengan dalam jabatan atau organisasi oleh pegawai awam terutama pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.

“Saya percaya jika mekanisme ini dapat dilaksanakan oleh semua jabatan ianya dapat meningkatkan integriti dalam sektor awam ke arah yang lebih cemerlang,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said di majlis penutup Seminar Pengurusan Integriti Pegawai Awam Negeri Terengganu di Dewan Utama, Menara Yayasan Islam, Kuala Terengganu, petang semalam (14 Julai).

Teks ucapan Menteri Besar dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman

tumpuan utama kerajaan hari ini adalah untuk meningkatkan kebekesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan syabas kepada BPR dan Institut Integriti yang mewujudkan perkongsian bestari bagi menjayakan seminar ini.

“Kegagalan agensi kerajaan dalam memastikan sistem penyampaian awam berfungsi dengan cekap, boleh menimbulkan persepsi awam sebagai penafian hak rakyat untuk mendapat keadilan dan keselamatan dalam pembangunan dan pengagihan ekonomi negara serta kebajikan sosial,” katanya.

Katanya, ketua jabatan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tinggi dalam meningkatkan usaha, merealisasikan hasrat besar kerajaan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan secara kawalan dalam setiap jabatan atau organisasi.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.