Suheimy Idris dari Kampung No 6, Kuching memasukkan 16 rokok ke dalam mulutnya sebagai simbolik untuk berhenti membeli rokok selepas mendengar ucapan Bajet 2009
Rabu, September 03, 2008
Aku nak behenti Dohhh
Wan Farid Kekal
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang tanpa bertanding Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu apabila semua 103 cawangan sebulat suara mencalonkannya mempertahankan jawatan itu.
Bagaimanapun, jawatan timbalan ketua yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi dan bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh akan diputuskan perwakilan pada mesyuarat bahagian, Oktober ini.
Selepas 103 cawangan bahagian Kuala Terengganu menamatkan mesyuarat minggu lalu, Mohd Sabri mendapat 70 pencalonan, manakala penyandang jawatan, Che Mat hanya memperoleh 33 pencalonan.
Selain jawatan itu, jawatan naib ketua Umno bahagian juga dijangka menarik apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Walaupun tiga dicalonkan bertanding naib ketua, seorang calon iaitu Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Datuk Ariffin Rahmat, tidak layak kerana memperoleh satu pencalonan.
Calon yang layak bertanding jawatan itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu (43 pencalonan) dan penyandang jawatan, Hamzah Mohd Zain (26 pencalonan).
Keluarga Sharline Balik Dungun
Bukan kerana putus asa, keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak Januari lalu, kini berpindah ke kampung bapanya di Dungun, Terengganu. Kunjungan Bernama ke rumah keluarga kanak-kanak itu di Taman Medan, Petaling Jaya, semalam, hampa apabila diberitahu jiran bahawa keluarga Sharlinie sudah berpindah ke Terengganu Ahad lalu.
Bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, ketika dihubungi berkata keputusan untuk berpindah bukan kerana ingin melupakan kisah pahit yang berlaku, sebaliknya untuk mencari kedamaian bagi memulakan kehidupan baru bagi keluarganya. “Ketibaan Ramadan tahun ini terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Sharlinie. “Justeru kami mengambil keputusan untuk berpindah dan menyambut Ramadan dalam suasana kampung yang aman dan tenteram,” katanya.
Bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, ketika dihubungi berkata keputusan untuk berpindah bukan kerana ingin melupakan kisah pahit yang berlaku, sebaliknya untuk mencari kedamaian bagi memulakan kehidupan baru bagi keluarganya. “Ketibaan Ramadan tahun ini terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Sharlinie. “Justeru kami mengambil keputusan untuk berpindah dan menyambut Ramadan dalam suasana kampung yang aman dan tenteram,” katanya.
MRSM Akan Menggunakan Sistem Pembelajaran Imtiaz
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata, Mara akan memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan agama di 40 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara menggunakan kaedah pembelajaran Sekolah Imtiaz, Terengganu.
Katanya, beberapa pegawai daripada Imtiaz akan memberi taklimat kepada pengurusan MRSM mengenai sistem pembelajaran yang dilaksanakan di Imtiaz yang mampu mengangkat martabat pelajar ke arah pendidikan cemerlang.
Sekolah Imtiaz menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan tumpuan hafazan al-Quran, penguasaan bahasa asing serta sains dan teknologi.
Sekolah itu diwujudkan Kerajaan Terengganu untuk melahirkan pelajar soleh pintar, persekitaran berlandaskan al-Quran, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kecemerlangan akademik serta kreatif dan berdikari.