Pelumba basikal Olimpik negara memulakan latihan dan persiapan mereka di Eropah dengan memberansangkan apabila berjaya menduduki tempat keempat dalam satu kejohanan trek terbuka di Jerman, kelmarin.
Dalam kejohanan yang disertai ramai jaguh-jaguh Eropah yang akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing itu, Azizulhasni Awang perlumba berasal dari Terengganu mendapat tempat keempat dalam acara 200 meter pecut.
Seramai 61 pelumba daripada seluruh Eropah mengambil bahagian dalam acara yang disertai Azizulhasni itu.
Ahad, Jun 29, 2008
ANAK TERENGGANU GEGAR DI JERMAN
RIBUT DI BESUT
Sekeluarga lapan beranak nyaris cedera apabila bumbung dapur rumah mereka di Kampung Tengah, Kuala Besut di sini diterbangkan angin kencang ketika sedang menikmati makan malam kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr. Abdul Rahman Mokhtar menziarahi keluarga malang itu dan turut menyampaikan sumbangan peribadi hari ini.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut memberitahu, bantuan yang sesuai akan disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) bagi meringankan masalah yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.
CRISTAL DE SULAIMAN - KUDA TERBAIK
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan yang menunggang Cristal De Suleiman telah berjaya menamatkan cabaran 160 km dan turut dinobatkan sebagai kuda terbaik dalam kategori tersebut. Sebanyak empat kategori dipertandingkan dalam kejohanan Edaran Endurance Classic 2008 yang berlangsung di Lembah Bidong bermula 28 Jun iaitu 40 kilometer (km) (15 peserta), 80 km (29 peserta), 120 km (individu) dan 160 km individu dan berpasukan.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Edaran Endurance Classic 2008 di Sutra Beach Resort, Setiu hari ini (29 Jun).
PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Dato' Ahmad Said menggunakan jentera jengkaut untuk melakukan pecah tanah Projek Rumah Mampu Milik di Kijal, Kemaman