Jumaat, Ogos 08, 2008

Janji Tak Balik Berkaki Ayam


Kejadian biasa berlaku pada hari Jumaat di tangga masjid.

Azizulhasni rasa bangga

Walaupun bangga diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada majlis perasmian temasya Sukan Olimpik XXIX hari ini, namun perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang .

Jaguh pecut lumba basikal negara berusia 20 tahun itu teruja apabila bakal mengetuai perarakan kontinjen negara seramai 33 atlet dan 29 pegawai masuk ke Stadium Nasional.

Azizulhasni, pelumba kelahiran Terengganu akan menyertai tiga acara iaitu pecut 200 individu, keirin bersama Josiah Ng dan acara berpasukan bersama Josiah dan Muhd. Rizal Tisin mulai 15 Ogos ini.

Pelumba muda itu pernah menduduki tempat kelapan acara pecut pada Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, England, dengan catatan 10.16 saat, sekali gus memecahkan rekod Asia.

Bot Tenggelam Depan Kuala

Semuanya berlaku dengan pantas sehingga apa yang sempat dilakukan oleh seorang nelayan, Omar Mamat ialah menyarung pelampung dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lima patah perkataan, ‘bot nak tenggelam, depan kuala’.

Ia bermulanya azab Omar bersama dua lagi nelayan, Rosdi Nizam, 35, dan Ridzuan Hashim, 32, hanyut di muara Sungai Terengganu malam kelmarin.

Mereka hanyut lebih 13 jam dengan hanya berbekalkan pelampung, pisau dan lampu suluh.

Namun umur ketiga-tiga nelayan itu masih panjang selepas mereka diselamatkan oleh bot nelayan Kelantan.

Omar, 48, yang juga tekong bot menceritakan, mereka meninggalkan Jeti Losong dengan sebuah bot pukat bubu pada malam Ahad lalu dan selepas tiga hari di laut, ribut melanda sehingga bot mula dimasuki air.

Dalam masa tidak sampai sejam, mereka menyedari tidak ada lagi pilihan selain terjun ke laut.

“Kami sempat melilit pelampung di pinggang dan kemudiannya hanya mampu melihat bot karam begitu sahaja,’’ kata Omar ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, hanya Ridzuan cedera kaki kiri akibat tersepit pada enjin bot.

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH

11 JUN 2008 - MEMAHAT SEJARAH
Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Tuan rumah mencipta sejarah mengutip emas terbanyak dalam penyertaan Sukma selepas meraih 61 pingat emas 39 perak dan 47 gangsa meninggalkan Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

MENAKJUBKAN

MENAKJUBKAN
TERENGGANU juara SUKMA, Juara Bola Sepak, Raja Pecut, Raja Ragbi, Raja Kenu, Raja Kayuh. Kemenangan Terengganu kebanyakkan diperolehi melalui sukan objektif seperti olahraga, basikal, kenu berbanding dari sukan subjektif.

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG

PENGANJURAN SUKMA YANG CEMERLANG
Skretariat SUKMA Terengganu mendapat pujian daripada Kontingen-kontingen negeri, Media massa, pegawai sukan & orang ramai tentang kecermlangan pengurusan & pentadbiran SUKMA. SUKMA di Terengganu di iktiraf sebagai pengurusan SUKMA terbaik, pengadilan yang paling bersih,penyertaan penonton paling ramai, kemudahan paling lengkap, rekod baru paling banyak dicipta & tanpa kontraversi. Paling hairan Jawatakuasa rayuan tidak mnerima apa-apa rayuan dari kontingen yang bertanding. TAHNIAH.

INDUSTRI TERNAK KAMBING

INDUSTRI TERNAK KAMBING
Cosmopal Sdn Bhd, anak syarikat Arus Zaman Sdn Bhd, melabur sebanyak RM2 juta dalam penternakan kambing di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Serating, dekat sini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pengeluar terbesar ternakan itu di negara ini pada masa depan. Pengarahnya, Zainudin Zakaria berkata setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 1,400 kambing baka Jamnapari, bernilai antara RM750 dan RM850 seekor, di ladang seluas kira-kira 30 hektar itu.

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN

BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG YANG DISEDIAKAN
DAS berkata kerajaan banyak menyediakan kemudahan untuk pelajar melonjakkan diri untuk mencapai kejayaan cemerlang. Kerajaan sanggup menyediakan peruntukkan besar untuk sektor pendidikan bagi menjadikan negeri terulung melahirkan pelajar yang cemerlang.

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI

10 JUN 2008 - HARINI TERENGGANU CUTI
DAS mengucap tahniah kepada Wan Ahmad Nizam, Ketua Kontingen SUKMA Terengganu kerana berjaya menjadi juara SUKMA ke 12. Di atas kemenangan itu, DAS memberi cuti kepada rakyat Terengganu.

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU

SEKOLAH SUKAN UNTUK TERENGGANU
PM bersetuju untuk melulus pembinaan sekolah sukan seperti sekolah sukan di Bukit Jalil & Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor di Terengganu. Sekolah ini akan dibina di sebelah kompleks sukan negeri, Gong Badak.